EDISI MUQADIMMAH : Re-union buka puasa dengan tiba-tiba aku datang pula.

Gua ingat nak bikin review sikit pasal majlis tadi walaupun keadaan sahsiah biologi tubuh gua ni macam tak mengizinkan. Tetapi buat masa ini, hanya nota ringkas secara runcit-runcitan sahaja yang gua mampu.

Gua tengah senak ni, bai.

Semangat punya pasal, gua gagahi jua. Sebabnya adalah kerana sebelum menulis ini dan sehingga kini gua punyalah melampau-lampau kenyang dan cukup bernafsu membaham satay, nasik briayani, murtabak Singapura, roti jala, daging salai, siput sedut kas-kas, bandung ais dan macam-macam lagi menu jamuan dan juadah yang amat hebat itu. Ianya masih tidak kebah lagi. Mulut pula bukan takat aktiviti dan kekdah mengunyah sahaja, malah disusuli dengan banyak lagi kurikulum tambahan lain yang juga. Ada yang beradab dan penuh adat ketimuran. Ada pula yang bersepai udang tak tentu pasal. Serta bermacam-macam lagi kegiatan bersosial yang bermoral dan kadang-kadang, kurang moral. Gua berjanji esok lepas sahur gua akan lakukan ulasan menyeluruh. Itupun sebab atas gesaan dan desakan tukang anjur majlis dan rakan-rakan seangkatan gua tadi. Jadi gua harus tahu kenang budi. Jangan tak tau, gua sendiri pun terkejut dengan kedatangan gua.

Ini semuanya bermula dengan tindak tanduk Iznan yang cukup gestapo itu. Ada ke patut, mengangkut gua dengan secara terjah dari depan gate rumah gua walhal tatkala itu gua sudah bersiap-siap hendak mengorak langkah kaki ke rumah Mak Ngah gua kat kampung. Macam teroris perangai lu, Nan. Nasib baik dia berniat baik. Kalau nasib tak baik, tak dapat pula gua pegi makan buffet buka puasa yang hebat itu tadi. Apa pun, thank you Nan, Thank you Zeti, Thank you Mikel Jeksen dan Thank you semua yang terbabit bikin gua bunting ini malam. Jimat waktu tidur gua tak payah bangun sahur.

Eh, jap. Mikel Jeksen ada datang ke tadi??

Nak tanya ni. Kenapa style pose si Khairil tu, mana-mana foto posisi wajahnya mesti sinonim dan sama? Takde gaya lain ke, bang??

Ulasan

DancingQueen berkata…
fafau ke yg pink shirt tu?
faizalmukhtar berkata…
[dancingqueen]

agak-agak lu...?
DancingQueen berkata…
lepas tgk gmbr2 di entri yg seterusnya..btul la tu ;p
faizalmukhtar berkata…
[deelaila-the-dancing-queen]

tepat sekali. satu kueh samperit untuk anda sebagai habuan!