Awek yang aku puja juga adalah awek yang aku gila. Sungguh. Aku yang tulis ni.

.
Ya. Inilah tajuk entri aku untuk kali ini. Ianya berjudul 'Awek yang aku puja juga adalah awek yang aku gila'. Barangkali ada yang bertanya, kenapa dipilih tajuk yang demikian pula ya? Sebabnya mudah dan senang untuk dijawab : Sebab awek itu punya idea la yang suruh aku bubuh tajuk ini. Ada ke dia cakap dia tak percaya yang aku memujai dan menggilai dia. Berbuih mulut aku cakap, dia masih tak percaya. Asyik ditanya berulang-ulang kali sambil dengan selamba mengukir sengihan kambing. Nasib baik kau cute. Dah, sekarang ni aku kena buktikan pada dunia kenapa perlu dinyatakan secara terang dan terbuka. Ini semua gara-gara awek yang aku puja tadi adalah awek yang aku gila juga.

Pertama kalinya, dalam konsep memuja seorang awek yang kita minat, seringkali dinamiknya akan menjurus kepada perkara-perkara yang membuatkan kita melakukan anjuran-anjuran dan inisiatif-inisiatif yang luarbiasa. Yakni, yang tidak konvensional. Sekiranya kita memikat awek dengan cara yang konvensional atau biasa-biasa sahaja, ia tidak akan nampak special(istimewa) di mata awek yang kita ngurat atau pikat tadi. Awek itu pasti mahu kelihatan oustanding(menyerlah) kerana hasil cubaan kita untuk memenangi hati serta perasaannya tidak akan nampak cliche. Jadi, nak tak nak, kita kena gila serba sedikit. Cara inipun telah terbukti zaman-berzaman. Qaysh Muzahim(Majnun) dan Romeo Montague juga pernah melakukannya biarpun ianya fiksyen semata. Tambah pula, elok juga fiksyen dijadikan sandaran contoh kerana kedua-duanya mati akibat kebangangan masing-masing bukannya kegilaan. Ah. Cinta itu kadang-kadang memang buta tak tentu hala. Lupakan saja contoh yang tak best tu.

Ini adalah usaha dan ikhtiar aku ke arah membuktikan kepada awek yang aku puja dan gilakan itu. Usaha ini akan dimulakan dengan 10 sebab kenapa aku suka pada awek yang aku puja dan gilakan itu :

Sebab 1.
Awek yang aku puja dan gilakan itu cun. Bukan cun-kerepot sepertimana yang termaktub dalam Kamus Dewan edisi yang terkini itu. Tetapi dalam ertikata cantik, comel, cute dan cargas pula mencari hati aku. Aku suka pada makwe yang pandai-pandai main cinta dengan aku.

Sebab 2.
Awek yang aku puja dan gilakan itu mempunyai fahaman 'rock'. Rock disinilah bukanlah hanya sekadar menghafal lagu-lagu rock kapak dan rock leleh era 80an atau menonton filem ROCK arahan Mamat Khalid semata-mata, tetapi rock dari pengistilahan berpendirian teguh dan kental umpama batu yang keras. Hence, 'rock'. Awek sekarang sudah jarang dan rare-rare sekali elemtal rocknya. Awek yang aku suka ni ada jiwa rock.

Sebab 3.
Awek yang aku puja dan gilakan itu sungguh sangat ada unsur time complacency(menyenangkan masa). Dia datang tepat waktu di masa aku mahukan seorang awek yang aku puja dan digilai. Mungkin faktor ini banyak membantu tatkala aku mencari-cari seorang awek yang layak untuk dipuja dan digilai.

Sebab 4.
Awek yang aku puja dan gilakan itu unik. Dia tidak seperti awek yang aku puja dan gilakan sebelum ini. Mereka sama ada jual mahal, banyak berdolak-dalik, peluang tidak linear pada keadaan dan berbagai-bagai lagi. Mujurlah tidak ada awek yang aku puja dan gilakan itu jenis yang ambil kesempatan terhadap kekayaan pekerti dan kemewahan budi bahasa ini.

Sebab 5.
Awek yang aku puja dan gilakan itu sebenarnya suka kat aku juga. Tapi aku rasa dia nak test aku dulu sebab dia tak percaya yang aku puja dan gilakan dia. Aku rasa sebab dia confuse aku ramai kenalan wanita. Takpe. Nanti lama-lama dia tahu... yang mana makwe, yang mana awek.

Sebab 6.
Awek yang aku puja dan gilakan itu bagi aku syarat yang boleh aku penuhi. Tak macam separuh awek tu. Ada ke suruh aku makan durian dan ajak aku tengok cerita hantu Korea. ICU la aku nanti.

Sebab 7.
Awek yang aku puja dan gilakan itu tinggi, rambutnya lurus, kulitnya cerah dan bermata bayi. Pasti ramai kutu-kutu dan pemuda-pemuda akan menyenaraikan kriteria ini dalam agenda awek idaman mereka. Aku beruntung kalau dapat awek yang aku puja dan gilakan tersebut.

Sebab 8.
Awek yang aku puja dan gilakan itu minat bolasepak. Walaupun dia minat Mengencesteh United tapi aku jenis tak kisah. Sebab dia ada tanya masa Malaysia lawan Mengenchesteh United hari tu, "Beckham main tak?". Aku jadi lega satu macam.

Sebab 9.
Awek yang aku puja dan gilakan itu tak memilih makan dan minum. Senang bawak pergi date kalau tengah sengkek. Yang aku ingat, dia suka order air suam. Paling kuat pun sirap ais.

Sebab 10.
Awek yang aku puja dan gilakan itu kelakar dan suka buat lawak yang cukup lucu dia sendiri tak gelak. Bagi aku, talent itu hadir pada insan-insan wibawa humornya bertaraf dunia seperti Rowan Atkinson(Mr.Bean) atau Meor Ahmad Fuad Meor Badri(Din Beramboi).

Maka itulah dia antara sebab dan alasan kenapa awek yang aku puja juga adalah awek yang aku gila. Aku memang tak tahu malu menulis benda ni sebab awek yang puja juga adalah awek yang aku gila. Jadi benda ni aku anggap gila aku pada awek itu. Jadi, macamana kira ni? Lulus ke tak? Kalau tak, aku kena buat benda lagi gila dari memuja dan memuji sahaja kerana mungkin ianya tidak cukup hebat.

Seperti makan durian dan tengok cerita hantu Korea.
.

Ulasan

sya berkata…
biar btol. awek yg ko senaraikan kriterianya itu mungkin pujaan ramai jejaka. tetapi pertanyaan yg terpahat pada kepala aku adalah adakah ia benar? camne seorang kutu dapat awek sebegini. adakah anda 'dalam dunia fana cinta' yg kalau x cantik pun, ko ckp cantik???
faizalmukhtar berkata…
[syah]

Lu tau ke apa maksud 'dunia fana' tu?
-s- berkata…
jawab je la soalan aku
gayour berkata…
bagi awek fantasi lu dengar lagu manowar " RETURN OF THE WARLORD "

"... Time to burn you LOSERS better learn
No one controls our goddamn lifes
We'll do just what we feel riding horses made of steel
We're here to burn up the night..."

heh!
faizalmukhtar berkata…
[-s-]

sapa ni?
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

lu lupa telinga gua yang naik kokak duduk sebelah lu dulu melayan seleksi lagu2 lu?! jangan kata dengar, menyelami isi lagu tu pun gua dah khatam.

gua tak izinkan.maap.
aienarra berkata…
ntah ape2 je..hahhah
rozinorazali berkata…
lu mmg memuja dan mengilai awek itu...
syabas.
faizalmukhtar berkata…
[aienarra]

hai. cemburu nampak? hehe.
faizalmukhtar berkata…
[rozinorazali]

gua teringin nak bikin cerita ni, pasal ini aweks.. lu nak collab dengan gua??
DancingQueen berkata…
saya suka entri ni!hehe.syabas kpd awak n awek. ;)
faizalmukhtar berkata…
[deelaila]

eleh. entah ye entah tidak makwe tu minat kat gua balik. awal-awal dah kirim syabas. kirimlah duit raya, baru kacip!