APA KATA SURVEY 1

Ya. Survey sulung sudah pun selesai dijalankan.

Dan nampaknya respon yang diberikan adalah agak samarata bezanya biarpun hanya segelintir sahaja yang mengatakan blog gua yang berwajah baru ini best, cun, ada gaya, handalan dan marveles (11%). 33% beranggapan ianya di tahap boleh tahan aje dan masih boleh dibaiki lagi. Yang kata ianya biasa dan takde banyak perubahan pun ada juga (22%). Maka yang lainnya, cukup tak suka, menyampah, stupid-damdam, anti establishment dan menganggap perubahan yang dibuat setakat buang karan komputer (33%).

Nak buat macamana. Bukannya kita boleh nak puaskan hati semua orang. Kalau tak, dah lama dah blog gua ni dapat anugerah terbaik dunia kategori jiwa rakyat. Gua tetap akan cuba dan terus cuba menggapai pelangi selagi daya. Kata bidalan, hanya jauhari mengenal...

Apapun, terima kasih kerana mengundi dan mengisi masa lapang anda dengan aktiviti yang terlampau berfaedah ini walaupun tidak ada ganjaran menang motor atau gelaran jutawan diberikan. Kalau ada komentar susulan atau nasik tambah, ulas terus secara langsung dalam ruangan komen dibawah. Nanti bila gua senang, akan cuba dilayan dari semasa ke semasa.

Baiklah. Untuk survey seterusnya, soalannya berbunyi :


CORAK PENULISAN ATAU GENRE YANG JENIS APA LU ORANG BERKENAN GUA TULIS DALAM BLOG NI DAN AKAN BACA TIAP-TIAP HARI BILA BOS TAK NAMPAK KAT OPIS ?


* Fikir-fikirkanlah. Esok gua bagi pilihan objektifnya kalau dah ready, orait.
.

Ulasan