semoga lu selamat, mujeed khan.


Masa ni Mamat Khalid baru sederhana top. Dia naik bersama-sama Mujeed.

Itu hari masa gua keje dengan satu kompeni production, gua sempat kenal dengan sorang brader yang berstatus pendatang dengan izin dan sahih dokumen perjalanannya. Mat Bangla ni ada banyak cerita dan sembang dengan gua. Pasal life dia, wawasan dia, falsafah dia, kritikan dia, nasib dia dan macam-macam lagilah. Sampai ada masanya, gua memang malas dan buat-buat dengar tak dengar sahaja. Dia kalau mula membara nak bercerita, memang takde harapan la lu orang nak borak lagi panjang dari dia. Apatah lagi mematahkan hujahnya yang tajam-tajam itu. Semenjak gua keluar dari itu kompeni, gua dah jarang-jarang dengar cerita-cerita sahibul hikayat dan dongeng rakyat dari dia. Itu pun ada kadang-kadang dia buzz gua kat facebook dalam 3-4 kali. Ya, jangan sangka Mat Bangla takde ruang dan peluang untuk berfacebook semasa sedang gigih bekerja. Tapi sepanjang ingatan gua, banyak kali terputus talian yakni offline dari online. Selalunya, dialog mukadimah dia akan bermula dengan ' ...Lu ada OK ka? '. Selang beberapa saat, dah takde dah Mujeed Khan kat facebook chatroom gua.

Baru-baru ni, Lobak ada cakap dia dah balik Bangladesh. Ada masalah visa ke, imigresen ke, apa entah. Gua tak berapa nak ingat. Last sekali perbualan gua dengan dia, Mujeed ada cerita pasal gua dekat Kedai Mak Cik Hon area-area opis. Panjang memang tetap panjang. Gua dengar dan beri tumpuan penuh kali ni. Cuma, cerita dia kali ni dah tak sekencang atau selebat dulu. Patut la gua semak status terkini facebook dia berbunyi 'oh my god please help me'. Itulah dia. Zaman sekarang dah kurang orang macam Mujeed, walaupun ada juga beberapa tindak-tanduknya gua anggap 'tidak makan dek saman'. Ada ke patut dia ni main futsal, kasut dengan bola sampai sangkut-sangkut naik atas bumbung jaring net ? Bancuh air pun kerapkali stok-stok potong kaki. Patut la gula kat opis cepat kehabisan.


Apapun, itulah kali terakhir gua dilayan seperti seorang kutu yang betul-betul ingat dan tahu kenang budi kutu-kutu lain.


video ehsan : al-ahkam.com

Ulasan