Selsema **** pun tak **** macam ni...

Antara benda paling bangang dan tongong yang selalu terjadi kepada diri gua adalah apabila gua sudah menulis panjang berjela-jela iaitu bersamaan dengan berkajang-kajang kertas kajang di dalam microsoft word yakni hampir-hampir sahaja tulisan itu selesai dan siap tetapi gua tidak pula terfikir apatah lagi tergerak hati dan terlintas untuk menge-'save'-nye dengan hanya beberapa langkah mudah supaya ia tidak lupus berkemungkinan bekalan elektrik terputus, terkena virus haramjadah, shutdown otomatis dan sebagainya akibat perkara-perkara bangang dan tongong yang tidak dapat dielakkan.


Benda itu terjadi lagi kepada diri gua tadi. Tidak ada apa-apa yang dapat diselamatkan.

Gua terasa bangang dan tongong.


Siapa ada typewriter second hand mahu dijual dengan gua berserta bekalan pita karbonnya sekali ? Gua akan cuba bayar bulan-bulan dengan displin tanpa banyak soal. Berilah potongan diskaun sekali kalau boleh.

*&%$ !!!

Ulasan