selera makan dalam.

Asal nampak duit berterabur, hati pun jadi tak tentu hala dan berterabur juga.
( sekadar gambar hiasan )


Kalau ikut selera, macam-macam yang hendak di beli kalau duit banyak. Tapi yang tak best tu, duit kumpul banyak mana pun, tak kaya-kaya jugak. Apa pasal, sesedara dan sesedari semua yang dihormati sekalian ?

Dulu, gua selalu diterapkan oleh konsep menabung dan rajin menyimpan duit belanja lebihan sekolah oleh mak gua. Jangan membazir beli jajan, sempat mak gua sound setiap kali gua melangkah keluar pintu rumah. Memang tengah stim dalam kepala gua masa tu tak lain, tak bukan hanyalah sekitar Ding Dang, Tora, Kam-Kam, Cikedis dan aiskrim keroncot perisa jagung sahaja. Mana boleh gua ketinggalan, budak-budak lain semua berseronok-seronok dan riang ria lepas waktu sekolah mengerumuni pakcik bermotorsikal itu. Tambah lagi ada satu jenis keropok, ada main tikam-tikam. Kalau kena dengan nasib, dapat mainan percuma. Transformers dengan GI Joe memang tengah nak top. Walaupun gua tak pernah tengok sapa-sapa menang koleksi mainan yang ada dalam gambar-gambar hiasan tu, harapan gua tetap tinggi. Jadi, kalau hanya tak singgah kantin waktu rehat, gua tak susah hati sangat. Balik rumah boleh makan nasik puas-puas. Gua lagi kecewa kalau tak dapat cukupkan buku sticker gua atau tidak beradu nasib dengan kawan-kawan sekamcingan. Sama kecewanya kalau gua miss Gaban dengan Baja Hitam sebab tak dapat ponteng sekolah agama. Lagi satu hal, takut nanti gua disakat oleh Darmalinggam dan Lim Sakai. Dah la darjah 2 dulu abis batang aiskrim dan tutup botol gua dibolot abis-abisan. Takkan kali ni nak terpinggir lagi kot.

Mak gua kata kalau menyimpan dari sekarang, nanti dah besar nanti senang. Boleh dapat beli itu dan beli ini. Ternyata mustahil juga hakikat cabaran dan khidmat pesanan masyarakat mak gua terhadap jiwa gua yang masih keanak-anakan. Kecik-kecik lagi dah ditanam dengan prinsip asas ekonomi rumahtangga. Tapi gua ada wawasan sendiri yang hanya gua yang paham. Jajan ibarat lebih bernilai dari oksigen bagi gua masa tu.

***

Sekarang gua bolehlah diibaratkan sudah besar dan dewasa juga. Gua dan jajan memang tidak boleh dipisahkan lagi. Cuma tidaklah se-aktif dulu. Jajan sekarang tak macam jajan dulu. Promosi iklannya tidak se-agresif dan sekeras dahulu. Mat Sentul pun gua agak dah pencen sambil tengah enjoy hasil harta KWSP-nya. Nasihat mak gua masih tersemat di dada. Mak gua sekarang diam-diam sahaja kalau gua makan jajan. Lebih-lebih lagi, sekarang jajan itu dibeli dengan duit dari saku sendiri. Mak gua tidak kisah. Tak ditegur dan tak pula ditegah.


Namun dari sudut falsafah kita orang timur, tidakkah itu makan dalam namanya.


Antara judul-judul yang masih kekal bertahan di pasaran terbuka.
( memang gambar hiasan )

Ulasan