sekali-sekala rindu juga untuk kelihatan 'pegawai'.

Kemuncak zaman GQ circa awal tahun 90an memang menggamit kegilaan ramai anak-anak muda. Beverly Hills 90210 la punya angkara. Kelam kabut dan bersepah juga gua memasuki perangkap itu!

Sudah lama gua tidak merasai keasyikan bertali leher dan kenikmatan mengenakan krim rambut jenama Bylcreem atau Tancho. Tidakkan ada keadaan di mana gua akan diundang ke majlis makan-makan anjuran pejabat tanah atau pesta tari menari atau yang seumpamanya? Teringin benar kelihatan tampan kembali buat seketika ala Jason Priestley atau Ed Osmera.

Penolong Ketua Kelas harus tampak segak senantiasa. Baharulah diberi perhatian dan didekati gadis-gadis rupawan di sekolah. Tak gitu?

Ulasan

apa jadah ni??

arrgkkkkk
faizalmukhtar berkata…
[zeekster]

alah. benda kecik aje.