Pasar Malam, gua dan kehidupan.

* Sebuah retrospektif pra-Ramadhan

Sudah sekian lama gua tak ke pasar malam. Di masa zaman dahulu kala, kegiatan ke pasar malam sudah menjadi kegiatan mingguan gua pada setiap hari Selasa. Khamis punya gua tak pegi sebab itu bukan pasar malam. Itu pasar lain. Gua sampai sanggup tak pegi ngaji ke rumah ustad Iskandar semata-mata nak meng-optimumkan masa gua ke pasar malam. Di sana ada lebih banyak acara dan aktiviti yang digubah oleh gua dan konco-konco sepengajian.

Entah apa ketakdirnya, tadi gua terjebak ke pasar malam. Seawalnya gua tidak merancangkan diri untuk ke pasar malam. Akan tetapi memandangkan gua dan seorang kutu telah terserempak dengan satu event pasar malam berdekatan dengan UIA cawangan Petaling Jaya itu, maka apalah kiranya jika kita merebut peluang yang sedia ada.

"Dah lama tak pegi ni, dah dekat 10 tahun aku tak pegi ni ", kata Nik Nazru Iskandar bersungguh-sungguh sambil memercik-mercikkan beberapa titisan dan tempiasan air liur yang kudus. "Tengok tu, makwe pun solehah-solehah semuanya. Tentu mak kau sukakan?". Nik Nazru Iskandar dengan tidak semena-mena cuba membuat tuduhan rambangan terhadap gua merangkap cuba memancing gua turun memberhentikan mobil.

Kalau dah takde duit bajet terus terang sahaja cakap. Tak payah la hendak madah berhelah pula.

Tapi, serius cakap pasar malam memang real punya experience. Tiba-tiba jadi nostalgik sejak tidak menjejak kaki ke pasar malam punya sekian lama. Tukang sayur dengan tukang buah memekik-memekik melelong barangan seolah-olah program rap battle di saluran MTV. Char Kue Tiaw dan mee goreng kuali dulang XXL, air tebu fresh, kebab, apam balik dan makwe apam balik dan lain-lain lagi. Kena pulak student-student yang lalu lalang. Memeriahkan suasana petang yang sudah sedia hiruk pikuk. Sekali-sekala ternampak minah dan mat salleh menyinggah-nyinggah dan bertanya itu dan ini, memborong sana dan sini. Sayup-sayup gua dengar abang warung air tu hulur minuman perisa asam boi sambil bertutur bahasa inggeris loghat Kelantan.

Tengah si Nik Nazru angkat dan meramaikan tangannya memilih Yong Tau Foo laksana orang 30 hari tak buka puasa, gua terus memerhati sekeliling. No wonder gua ketagihan untuk ke pasar malam saban minggu sejak dari kecik dahulu. Feeling dia sedap. Terilham dengan perasaan orang-orang yang mencari dan dicari. Tergerak dengan gerak-geri dan gemalai sesama kita yang jauh dan dekat. Oh. Sikit punya bunga fikiran gua. Zaman kanak-kanak menggamit semula segenap tubuhku. Waktu itu dalam senaraian utamaku tatkala ke pasar malam adalah ayam rangka@ayam togel RM1, air tebu, keropok lekor dan kaset-kaset rock terkini dengan label tiga sepuluh ringgit. Gua jadi seronok tak tentu arah bila perjalanan pulang ke rumah dengan kawan-kawan. Port biasa untuk menjamu selera adalah tepi parit longkang taman permainan area rumah gua. Kadang-kadang, kitorang naik benda-benda panjat yang macam piramid tu sampai tingkat atas dan lepak situ. Baru nampak bergaya dan hebat. Kat sana sambil makan, bukak-bukak cerita. Rata-rata berunsur tahyul dan sains fiksyen. Dahsyat betul. Abu Bob pernah cerita kat gua dulu, dia pernah lihat UFO masa tengah qiyamulail lepas sembahyang Terawikh kat masjid, lalu betul-betul atas bumbung Subang Parade.

" Faizal, gua kena RM13 la Yong Tau Foo. Ni dah sama harga kalau kita makan kat Wendy's tadi ni? What am I thinking, man??! Baru nak jimat dan cermat. *&%$!!! ".

Tersergah, gua tak respon apa-apa dengan kenyataan Nik Nazru Iskandar yang melulu bak biawak komodo itu. Potong betul gua nak berkhayalan. Nak di tinju, dia yang bayarkan juadah gua tadi. Jadi, gua tinju dia dalam hati sahaja.

Gua carik satu tempat yang strategik dan makan malam sepuasnya sambil menikmati pandangan makwe-makwi yang sudi lalu-lalang dihadapan gua. Tidak gua ngorat dan tidak juga gua 'kak long-kak long' kan. Gua kan laki-laki budiman. Pasar malam adalah ibarat khazanah memori yang tidak ternilai tanda harganya. Tak sia-sia gua imarahkan pasar malam pada waktu-waktu pokai dan gersang kewangan begini. Manfaatnya tidak terhingga pada gua.


p/s: Lewat malam pula, menuju ke biro aduan rakyat mamak Bistro SS14. Syahiran Haji Derus membentangkan laporan dan kertas kerjanya. Gua tak sampai 10 saat dah luluskan tender. Gua yakin dengan kemampuan sebenar AJK. Chaiyokchaiyok bak kata drama swasta dari Korea Selatan.

Ulasan