Mungkin ciptaan terbaik manusia sepanjang 2009.

REVIEW : AISKRIM BARU YANG BERJUDUL 'BERRY TWIST'

Kenikmatan aiskrim baru keluaran syarikat aiskrim yang cukup terkemuka ini sangat sedap sekali semasa wang hanya tinggal satu ringgit lebih sahaja di dalam poket seluar jeans.

Malam itu sungguh panas, tambah-tambah lagi kalau tekak sedang kering dan kehausan yang teramat sangat. Gua ke stesen minyak berdekatan dan menelek-nelek apa yang hendak di beli dengan wang yang cukup terhad itu. Teringat pula iklan di TV tadi, nampak macam meyakinkan. Memandangkan gua lebih seorang peminat perasa strawberi berbanding mangga, maka Berry Twist itu menjadi pilihan. Tambah pula ada vanilla di dalam. Ada lagi satu asikrim faveret gua, vanilla juga di dalam tapi di luarnya limau hijau. Lupa pula tajuk aiskrim itu. Gua ambil dan terus membayarnya di kaunter. Yang jaga kaunter pada ini malam adalah Mamun, seorang pemuda warga Bangla yang cukup murah senyuman dan girang sekali tatkala kedai hendak tutup. Keluar kedai, perlahan-lahan bungkusan aiskrim itu gua buka. Memegang batang asikrim itu saja sudah sejuk dan menyegarkan nurani. Tiada kata-kata yang wujud dalam kamus Oxford mahupun kamus Dewan yang dapat menyatakan gambaran perasaan gua di masa menikmatinya. Jenama lain boleh melupakan gua buat masa yang agak panjang selepas ini. Belian terbaik yang sangat-sangat melampaui nilai seringgit lima puluh sen.



Ternyata cebis-cebisan syurgawi telah melekat di kerongkongku.


Ulasan

Zid berkata…
Biar betul! Aku nak beli la besok!
Saudagar Mimpi ... berkata…
Bravo. Review terbaik tentang aiskrim tahun ini, :)
faizalmukhtar berkata…
[zid]

lu ingat gua pernah main-main soal makan??!
faizalmukhtar berkata…
[saudagar]

tau takpe, bak kata fafau. Lu kenal tak fafau?