MacGyver pun tak rumit macam ni.

Gua mudah jadi malas kalau betul-betul benda yang gua rancang tak menjadi. Gua dah bajet malam lepas balik ngaji gua nak layan MacGyver, tiba-tiba muka lain yang muncul. Ada siaran langung majlis pelancaran kereta Iswara Aeroback kat TV. Gua dah plan nak ajak awek gua tengok cerita Titanic kali ke-6, tiba-tiba dia boleh merajuk sebab gua punya melawak tak mengena sasaran masa bergayut malam tadi. Gua dah bayang nak score satu gol masa main bola kat padang. Tak sampai 5 minit beraksi, keting gua sempat cantik punya landing ke longkang tepi permainan jongkang-jongking pula. Macam-macam petaka. Potong stim gua betul nak jelma jadi Azman Adnan. Usia kanak-kanak Heliboren lagi gua telah dihadapkan masalah-masalah antarabangsa macam tu.

Ada juga member yang agama-agama sikit ada pesan sama gua, "Sabar la... ini kan semua ujian Tuhan. Esok lusa OK la tu". Ada yang stok haprak pulak sempat beri "Padan muka sama lu!" kat batang hidung gua. Memang dasar gagak hitam punya kaki.

Itu hari gua plan nak buat macam-macam sebelum masuk separuh masa pertama tahun ni. Antaranya ialah buka kedai komik status 5 Bintang kat KLCC, beli rumah banglo siap kolam renang taraf Olimpik dengan pacuan 4 roda berjudul BMW untuk mak ayah gua, bawak bakal tunang gua beli cincin berkarat-karat, buka syarikat TV sendiri, jumpa David Beckham dan macam-macam lagi.


Satu benda tak jalan.


Kalau ada yang OK pun, ada sorang kutu ni mau gua angkat dia jadi protege gua. Aripudin nama dia. Gua tak jelas permintaan dia tapi gua angguk aje sebab tak tahan dengar dia merengek. Terpaksa la gua setuju tanda silaturrahim sesama insan. Yang gua heran tu, apa yang gua tau pasal lensa dengan sudut-sudut refleksi dinamik ?

Ah, belasah. Kalau dia dah dewa nanti, jimat belanje kawin dengan akikah anak-anak gua.


Aripudin @ Arip Don. Jangan main bailon dengan ini kepala foto. Kat sekolah dulu, cikgu displin panggil dia 'Sid Vicious'. Apa tak horror ke dengar itu nama ?

Ulasan

woot wooott
faizalmukhtar berkata…
[zeekaa]

apakah?