Laporan berita entri ke seribu satu malam. Yang mana betul, yang mana benar.


BERITA 1

Gua makan tak tentu arah ini hari.

BERITA 2
" Faisal, awak ada marah sama saya ka?? "

SMS itu gua terima dalam pagi-pagi lagi sejurus waktu budak-budak masuk sekolah memulakan subjek yang pertama. Gua cuba buka sebelah mata dan yang sebelah lagi satu. Masih lagi mamai. Ngantuk lain macam. Kutu mana pulak ni yang dah ganggu gua awal-awal pagi ni. Taktau ke tadi gua shift malam. Gua cuba semak.

Mujid ada lagi kat Malaysia ni rupanya.

Cilakak lu Lobak sudah tipu sama gua.

BERITA 3
Bapak gua sudah perangkap sama gua suruh pegi JPJ esok. Katanya dua-dua kereta dah tak boleh renew road tax selagi saman tertunggak tak settle sama pihak bertanggungjawab. Gua terasa macam nak kantoi.

BERITA 4
Dekat ASTRO tak tunjuk perlawanan ulangan Mengenchesteh United dengan Harimau Malaya secara langsung. Jadi gua malas nak bikin review. Gua tukar-ganti dengan game Winning Eleven seround-dua kat rumah adik gua kat Damansara.

BERITA 5
Apa kena mengena Rita Rudaini, Ayu Raudhah, Rozita Che Wan dan Scha dengan prestasi semasa pasukan bolasepak kebangsaan masa Buletin Sukan kat TV3 tadi? Kompius gua dibuatnya.

BERITA EXTRA
Gua baru tahu, Syah ngorat Syima masa dia jadi pengapit dulu sama-sama. Licik betul, gua langsung tak berpeluang masa jadi dulu. Walhal dia sekali jalan aje. Ceh! Kuasa jodoh betul. Memang cargas.

.

Ulasan