kerencaman budaya serbaguna-guna.

Paling kacau kalau bangun pagi lepas tu perut rasa tak syok semacam. Dia punya perasaan macam senak-senak manja gitu sebab tak makan nasik malam tadi campur macam ada alien dalam ruang perut. Tak lain dan tak bukan, perut gua sedang menjerit-jerit akibat kekosongan yakni lapar gila babi. Azab dunia betul. Kena lagi mata masih kemamaian sebab overdose depan PC sampai waktu dekat-dekat ayam jantan nak bangun pegi keje. Badan pula gatal sana gatal sini tak tentu arah. Pepijat setan barangkali.

Ini tak boleh jadi. Gua gosok gigi lebih kurang dan sarung seluar jeans gua yang sangkut tepi pintu. Gerak pegi warung S.Sukumaran carik apa yang patut. Bukan gua taknak pegi mapley biasa yang 24 jam tu, cuma kalau hari biasa, crowd budak sekolah lepak sebelum masuk kelas menyemakkan pemandangan mata. Mak bapak suruh pegi sekolah, lu direct la pegi. Yang lu nak bung-bang-bung-bang cerita hal sosioekonomi negara lain dengan mengenchesteh united nak sarung baju apa lawan Harimau Malaysia Perkasa nanti, apa kes? Baik berenti sekolah terus jadik pemain dam profesional. Dapat jugak elaun kebajikan sambil beri ulasan wrestling.

Lepas pekena apa yang setaraf dengan kantung kewangan gua pagi tu, gua bajet macam biasa nak ke library suratkhabar harian Shell Encik Salim.

Ah. Jauh. Kedai 7-11 dah sebelah ni, baik singgah ke sini aje.

Masuk kedai serbaguna itu, gua terus selak-selak paper apa yang patut, mengikuti perkembangan berita tempatan dan dunia antarabangsa. Sedang gua sibuk menelaah, gua tidak dapat tidak terdengar jua suara-suara yang jelas menusuk masuk ke lubang telinga gua yang tajam ni. Dua orang pekerja sedang berinteraksi sesama mereka. Sorang tengah bercakap sambil kedua-dua belah tangannya digerakkan sepenuhnya. Ligatnya mengalahkan Watson Nyambek. Sorang lagi tengah menyangkung sibuk susun-susun satu jenama suratkhabar percuma di waktu pagi yang menggunakan jenama matahari. Dia tak berapa nak ligat sangat.

" Ni paper ni kau bubuh untuk sorang apek tua yang selalu pakai seluar pendek, rambut putih yang cakap cina campur melayu tu. Kadang-kadang dia ada tanya pasal result Toto. "

" Pakcik ni dia baru baik operation, jalan dia senget sikit ke kanan. Pakai spek macam ala-ala sixties. Simpan ni untuk dia. "

" Ada kakak ni, cun gua cakap lu. Ni wajib kau bagi dia ni. Mana la tau kan. "

" Ni kau kena gulung macam ni. Brader ni kalau kau tak gulung suratkhabar dia, mula dia membebel. "

( dan ada beberapa lagi dialog yang gua tak ingat sebab tak clear )


Huy-yo.

Gua sikit punya kagum dengan kadar optimumnya ingatan dan tahap penaakulan mantik budak generasi kedai serbaguna ni. Ada peluang, gua nak ajak dia berlakon. Macam John Nash. Kalau bikin filem, mesti at least 1-2 pencalonan akademi dalam tangan. Tak pun anugerah skrin. Paling koman pun, dapat masuk maskara shorties anjuran sindiket. Harapan dan cita-cita kena tinggi, baru makwe-makwe pandang kita ada wawasan.

Budak yang mendengar arahan-arahan jitu brader tadi lancar mematuhi gerak kerja yang harus diperlakukan. Gua keluar kedai dalam keadaan mamai-ngantok nak landing tepi divider jalan namun kenyang sekenyang kenyangnya... kenyang zahir di badan dan batin di minda.

Gua belasah sambung tido dan bangun semula sebentar tadi dengan keadaan badan dan minda yang semakin rencam. Kenyang gua sisa-sia sahaja.

Lagi kematian. Kalau suka membazir masa dan curik tulang time keje, cuba la teka sapa yang dah mampos jadi tulang bara tu ?

Ulasan