" kenapa anu susah nak mati ? "

Dia 'hidup' balik. Sapa kata dia mati ?

Baru sebentar tadi gua baru balik dari kedai komik member gua kat Atria, Damansara. Sapa yang tak berapa tau mana ini tempat, ia adalah satu bangunan membeli-belah ketinggalan zaman sikit dan pernah happening di zaman kemuncaknya. Terletak betul-betul sebelum Uptown Damansara selekoh kanan lepas flyover. Dah jadi kebiasaan setiap hujung minggu ke sana. Kalau tak beli komik, gua belek dan tengok komik sahaja. Nampaknya itulah kebiasaanya 2-3 menjak kebelakangan ini. Member gua dah paham. Member gua itu bukan tokey kedai. Dia cuma tolong jaga kedai. Jejak kaki masuk kedai, gua terserempak dia tengah prung-prang-prung-prang berceramah depan kaunter dengan sorang uncle yang agak berumur juga. Gua saspek dia ni dah lama tak singgah kedai tu sebab 1) Banyak pula soalan-soalan berbangkit yang ditanya kat member gua perihal perkembangan komik dewasa ini sampaikan terangkat-angkat tangan dengan mulut dia jadi bersepah-sepah, dan 2) Sekali dia beli... tu diaaa!!! Berkoyan-koyan komik dia angkat masuk dalam beg. Uncle ni kaya wang ringgit, confirm hati gua membuat kesimpulan ringkas. Tak macam gua. Hanya kaya budi bahasa sahaja.

Gua jeles pada uncle kaya itu. Komik zaman ini mahalnya macam emas dan biji timah.


Entah macamana, time masa nak bayar member gua dengan uncle tadi boleh ajak join borak pulak. Ah. Dah jadi kepantangan gua kalau ada orang ajak benda-benda yang dah memang al-maklum gua minat. Peluang keemasan gua untuk eksen tahap sederhana. Banyak-banyak benda yang kitorang sembangkan (masa ni dah ramai dah kutu tumpang kaki nak sumbang ilmu komik dalam kedai tu), ada satu benda kontroversi yang menjadikan sesi itu berlarutan. Dah macam parlimen. Member-member komik termasuk juga member-member bukan komik gua selalu tanya,

" Kenapa kalau ada hero komik mati, dia mesti hidup balik dan tak mati betul-betul macam orang dah mati bila nyawanya di cabut ? Apa pasal ? Apasal ? Kenapa ek ? Ek ?? Kenapa pula ? "

Gua sudah semakin lali dan tepu dengan soalan sewaktu dengannya itu sehinggakan gua terpaksa menjawabnya dengan jawapan yang berlainan setiap kali diulang tanya. Hujah gua makin lama makin berapi. Tapi api gua jadi malap bila ada orang lain mula bagi rasional-rasional dan alasan-alasan yang luar dari tabii seorang pengamal dan aktivis komik.

Komik ni lagi banyak mati hidup semula. Orang yang dah mati pun kita taktau dia dah mati!

Lagi tak terkejor, Yob!

Nasihat gua, lu balik rumah download komik sahajah. Takpun pegi cari bahan bacaan lain. Di sana ada ketenangan. Tak payah susahkan diri. Gua dengar Belia 4B pun tengah carik ahli baru sekarang ni. Boleh adjust tengok ngam ke tak.

Mati ke ? Ke mati ? Ke ? Mati ?

Pepatah tua juga ada mengatakan, Bruce Wayne patah Batman tumbuh Nightwing hilang Robin berganti. Ha! Cepat sapa yang order dengan gua. Dah nak naik kayap poket gua ni up-kan lu orang punya dulu.

Ulasan

gayour berkata…
makin karut marut dunia komik barat ni. ni yang lu pecaya dan gile sangat?

hidup mati balik? eh, silap. mati hidup balik. dah boleh agak diorang akan hidupkan balik hero tua bangka dari zaman perang dunia petama dulu tu.

CRAP!
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

...tapi komik dan gua dah ibarat cahaya dan bulan, dah macam laut dan pantai. jika dipisah, gelap gelita, punah asmara, musnahlah ilham.

pedoman, gua tetap ada.