Jawatan yang macam Sarip Dol tu, ada opening lagi ka ??


From a writer to another. Good one, Yongster. Now : gimme some work to do, dammit.

Dalam masa tujuh hari lepas, macam-macam benda dan bentuk kejadian berlaku. Seorang direktor pergi tak kembali ke alam abadi(mak gua ada cerita-cerita tadi masa urusan jenazah kat SS19), seorang Hakim sudah ke jinjang pelamin(sori, dud... gua tak sempat singgah), seorang kutu lagi beli PS3 baru(siap lu gua kerjakan!), seorang makwe ajak gua melantak bbq(pun tak gua penuhi undangan itu), adik gua backpack sampai Perhentian, gerhana matahari, sessi temuduga, kempen futsal, beribu-ribu kaki komik belasah konvensyen dan pacing facebook macam haram.

Apa yang gua dapat seminggu selepas itu?

Entah. Kontrak gua baru lupus untuk bekerja dengan bermajikan semula. Gua sekali lagi ejen bebas kepada sekalian kutu-kutu dan masyarakat gelandangan seanteronya. Sapa ada hati nak belanja gua neskape tarik petang ni... Ayuh! tampilkan diri.

Ulasan

by the way, saja nak kasik tau. aku pilih [D] untuk undian pilihanraya di atas. rupa2nya memang tu jawapan masyarakat. hahahaha.
faizalmukhtar berkata…
[zeekaa]

walaupun umum mengetahui undi anda adalah rahsia, tapi apakan daya. Pengalaman lu dalam pilihanraya jauh meninggalkan yang lain.
Tanpa Nama berkata…
neskeipi satu mamak..
faizalmukhtar berkata…
[anonymous]

lu sapa, machaa?