Komik Rabu tapi kat sini dah tak Rabu dah...

Wah! Lihat ini.

Seperti membaca akhbar harian di waktu senggang


KHAS UNTUK PEMBACA DAN PEMINAT KOMIK TEGAR SAHAJA. YANG LAIN BOLEH SAMBUNG MEMASAK ATAU MENONTON SINETRON KAT TV


Ini komik baru DC yang ada himpunan pelukis dan penulis handalan. Untuk pengetahuan semua, rata-rata pelukis yang ada dalam komik ni memang stok malas melukis interior dan banyak kaut untung bikin cover-cover sahaja. Maklum lah, sudah otai. Lebih mudah mencari wang dan bekerja dengan cara itu. Cun la jugak. Besar saiznya adalah lebih kurang suratkhabar tabloid yang keluar petang-petang tu. Ia sudahpun sampai di kedai-kedai komik berdekatan. Harganya kalau dah dilunaskan mengikut kadar matawang tanahair ialah RM16.80 bersih kalau lu tidak ada kad keahlian kat kedai komik tu.

Pada pendapat kalian semua, berbaloi-baloikah ia ?

Ulasan

Niezam berkata…
Dah ada kat kedai ke?
faizalmukhtar berkata…
[niezam]

dah ada dahhh... mau angkat kaa??!
Niezam berkata…
kalu cun nak jugak angkat...
faizalmukhtar berkata…
[niezam]

oraite! call nanti bila mau angkat.