Hubungan gua dengan pasukan Mengenchesteh United

Hubungan gua dengan pasukan Mengenchesteh United sejak kebelakangan ni tidaklah berapa baik. Bukan saja ibarat ' retak menanti belah ' malahan memang tak boleh blah langsung bak kata budak-budak muda era shuffle sekarang ni. Seminggu-dua ni ramai juga kutu-kutu bola yang menjemput gua ke Bukit Jalil, katanya untuk melihat mereka beraksi. Itu masa diorang turun tahun 2001 pun gua tak tengok. Gua sibuk menelaah dan nak habiskan pengajian gua dekat pusat pengajian tinggi walaupun ramai yang nak sponsor guna wang PTPN. Tak berkat langsung. Lagipun pasukan tersebut takde dalam senarai gua masa tu. Gua tengah serius bimbing Alan Harris memperkasakan skuad Sukan Sea untuk kutip emas itu jam.

Malam tadi dengan pagi ini sahaja sudah ada yang beriya-iya mengajak gua ke airport lah, ke padang stadium la... melihat pasukan Mengenchesteh United ini berlatih-latih ayam. Sampai adakan yang mahu dan sanggup membayar dan memberikan tiket percuma atas belas ehsan gua yang sememangnya tidak mampu memilikinya. Mahal gile, brader. Sudut pandangan pemain masa game pula nanti adalah berskala dengan semut-semut merah berebut sebutir gula sahaja.

Baiklah, gentle cakap... kalau takde aral melintang, gua akan turuti jua rengekan-rengekan dan rayuan-rayuan anak-anak ikan Mengenchesteh United ini tadi. No promises. Tengok angin gua. Sirap dengan burger gua nak lu orang sponsor sekali. Kenderaan juga harus disediakan dari pintu rumah gua ke pintu masuk kaler hijau Stadium Nasional. Lepas tu, adjust-kan gua jumpa dengan Owen kejap. Ada hal sikit gua nak pesan itu budak.


Kalau ada SATU sebab yang cukup strong pun, sebab unit pasukan Harimau Malaya main itu team Iblis Merah. Kalau tidak, petang esok adalah lebih afdal gua tolong bapak gua berkebun.

Ulasan