REVIEW : Harimau Malaya XI VS Mengenchesteh United

Hari perlawanan sudah tiba. Apa-apa hal susun dulu strategi dekat mapley berdekatan. Segelas teh o ais nyaman sudah cukup setimpal dengan taktikal yang ingin gua sampaikan. Kutu yang ambik gambar ni sibuk cerita hal pejabat. Gua buat-buat sabar.

Sessi pemanas kaki barisan kita. Yang bulatan kiri adalah first eleven, kumpulan belah kanan pula adalah simpanan. Gua pula yang bediri sebelah red karpet tu. Ada nampak?

Gambaran penuh padang sebelum game. Budak Mengenchesteh United tak abis-abis meniru style kita. Baju sama, cara training sama, penyokong pun pinjam orang Malaysia. Tada malu punya orang. Menirui saja.

Nampak itu dua fan Malaysia sudah bikin road block? Sampai ada yang merayu mintak tumpang lalu, sampai lap-lap air mata kat lengan. Padan muka. Sapa suruh datang lambat. Fan Malaysia kan suka duduk kat tangga.

Masa ni game dah nak mula. Gua tak turun sebab ini skuad rata-rata preparasi untuk Sukan Sea di Laos. Muda belia remaja. Reserve bawah 23 Harimau Muda. Jadi, untuk taraf tu adalah team Iblis Merah ni saja layak sebagai sparring partner.

Ada satu makwe duduk sebelah kanan gua. Tukang ambik gambar kurang tauliah. Yang nampak hanya pakwe kepada makwe itu tadi. Ah! Yang penting tepukan harus jitu.

Ini pandangan sisi sebelah kiri gua. Gua saspek ada ramai juga yang jarang atau tak pernah turun stadium tempatan. Ada yang sarung jersi Bayern Munich lah, AC Milan lah... janji kaler merah. Lepas tu semua sibuk nak komplen itu ini. Ingat ini pawagam ke nak best-best tempat duduk??

Malaysia @ Harimau Malaya berhadapan Mengenchesteh United @ Iblis Merah. Game petang membawa tuah berbanding malam selalunya. Sabtu malam selalunya ada pasar malam jadi MU request game petang. Boleh adjust timing skit.

Latihan keeper sebelum di kitai oleh pemain Malaysia itu.

Jurukitai profesional dari Malaysia, Amri YahYah mendapat pingat dan puji-pujian dari Sultan merangkap Presiden persatuan bola. Tuanku cakap dia nak adjust dengan Ferguson. Amri cakap tenkiu but no tenkiu. Dia lagi minat pemandangan di Stamford Bridge atau Bernabeu.
( gambar kurang best. Sekali lagi salah tukang foto amatur )


Apa sahajalah yang difikirkan itu, Van der Sar... kan dah terkena gol cantik!


* * *



Dua gol daripada Mohd Amri Yahyah sudah cukup untuk menutup mulut pengkritik. Rata-rata telah meramalkan pasukan kebangsaan akan diratah lumat habis-habisan sepertimana yang dilakukan Mengenchesteh United pada tahun 2001 dahulu.


Tapi itu dulu. Dulu lain, sekarang lain.


Malaysia sudah pasti seri sekiranya tidak dengan gol runcit Owen yang tak best itu. Tak kisahlah, kan gua dah cakap semalam. Gua ada benda nak pesan kat dia. Alih-alih dia gol pula. Biadap punya budak.


Setakat ini hari, Amri sudah cukup korumnya main di bahagian winger (kiri dan kanan), midfielder (kiri dan kanan), defender, striker, support Striker, attacking Midfielder dan defensive Midfielder. Cakap banyak tak guna kerana dia adalah seorang penjaring gol yang cukup konsisten untuk Selangor sejak join tahun 2001.



...bukan satu, malah dua penjaga gol itu di-kitainya.

Kalau nak cerita pasal treble, dia juga sudah mengecapinya. Juara Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia 2005. Lepas ni, budak-budak Mengenchesteh United pasti ingat ini negara dan ini pemain.


Kembali kepada ulasan game sebab nampaknya sudah jelas meleret menjadi ulasan Amri Yahyah.


  1. Crowd OK dan sporting. Kutu Iblis Merah yang ajak gua pegi tak banyak kerenah.
  2. Cuaca cantik. Padang baik. Makwe yang lalu-lalang cun. Makwe masa game Liga M kurang berangsang jumlah kehadirannya.
  3. Malaysia main solid. Tak gopoh. Passing pula banyak yang senonoh, tak macam selalu. Bola tinggi pun dah kurang naik.
  4. Parking standard la kalau ada game-game jemputan negara mat saleh ni. Penuh tapi tunggang-langgang.
  5. Air botol dengan makanan luar tak boleh bawak masuk stadium. Selalunya boleh kalau tiket harga RM5 atau RM10.
  6. Sultan pun fan bola juga.
  7. Gua tak nampak sapa-sapa pun on rokok masa game. Kalau liga biasanya, dah macam duduk dalam serombong kapal.
  8. Gua tak control suara macam pegi karaoke. Gua jerit biar level dengan harga tiket yang di sponsor.
  9. Makwe yang lalu-lalang cun. Eh? Dah sebut tadi kan??
  10. Apsal makwe Mengenchesteh United satu pun takde hati nak ngurat gua? Apa penyokong Chelsea tiada perasaan kah?



P/S : Tadi gua baru tonton berita midnite. Katanya Isnin ni ada game lagi ganti game kat Jakarta. Kocek gua jadi mangsa teroris lagi. Chaiss!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
3-2
not bad huh...?
faizalmukhtar berkata…
[anonymous]

not bad at all lahhh...