Gerhana. Pergilah engkau dengan janji-janji palsumu. Pulang ke tempat asalmu.

Tidak dapat membuat cerapan Gerhana Matahari Separa(13%) terpanjang dan paling lama untuk abad ke-21 pada hari ini sepagi tadi kerana hujan yang turun. Maka mentari pun tidaklah kelihatan. Gerhana matahari seterusnya yang boleh mencapai tempoh lebih 6 minit dijangka hanya akan berlaku dalam masa 123 tahun lagi iaitu pada tahun 2132.

Lama tu. Apa nak bikin sementara waktu menunggu ?


P/S: Nampaknya, Konsert 1 Wajah ditunda ke 7 November 2009. Bukan Sabtu ini seperti yang dijadualkan. Itulah berita terkini yang gua dapat dari laporan-laporan informer semasa yang sahih serta boleh dipercayai. Bermakna, ada lagi 107 hari lagi sebelum abang gua beraksi. Tak berapa lama tu. Tapi beri gua lagi masa untuk mengumpul wang dan angpow selepas Raya untuk ke konsert tersebut. Bermakna juga, kenduri kawin dengan barbeku malam minggu ni gua terkena menghadirkan diri.

Hanya Comic-Con kat San Diego saja yang gua masih tak dapat-dapat pergi.


Ulasan