Di luar lingkungan atau di dalam kangkangan.

Kita kerap kali mendengar ungkapan peribahasa moden yang berunsur nasihat dan motivasi seperti 'berfikir luar daripada kotak' atau 'jangan jadi seperti katak di bawah tempurung'. Namun, siapakah diantara kita faham akan maksud sebenar 'luar' atau 'dalam' atau jenis apakah 'kotak' yang diberitahu untuk tujuan 'berfikiran' itu tadi? Kenapa 'katak' dan 'tempurung' dijadikan bahan analogi tetapi tidak binatang flora dan fauna yang lainnya?

Kenapa kalau makan nasik, mesti kenyang ? Mengapa dalam lif kena senyap walaupun ramai orang ? Berapa banyak bintang yang ada kat langit ? Apa pasal cikgu displin kat sekolah tak pernah senyum ? Berapa gaji agong tiap-tiap bulan? Siapakah Macgyver yang cool itu ? Wrestling kat TV tu gaduh betul ke tipu ? Dan lain-lain lagi.

Itu adalah soalan-soalan rawak yang banyak bermain di dalam kotak kepala semasa di zaman kanak-kanak dahulu. Mujurlah gua kini sudah matang-matang belia untuk memikirkan dan menemukan jawapan-jawapan itu dengan waras dan cukup rasional sekali. Kecuali satu soalan yang masih belum berjawapan hinggalah ke hari ini. Biarpun begitu, makin bertambah perkiraan tahun dan makin berkembang pula pertukaran zaman - semakin timbul fahaman dan desakan yang membuatkan gua 'berfikir luar serta jauh-jauh daripada kotak sambil menyepak tempurung yang ada katak puru di dalamnya'.

Dewasa ini, contohnya adalah seperti berikut : Kenapa orang bawak kereta kena bayar tol ? Pasal apa duit gaji kalau masuk awal bulan, tak sampai tengah bulan mesti abis ? Kalau lepak mamak, tak borak tak boleh ke ? Mengapa komuter lambat dan tak patuh pada jadual ? Apahal awek-awek cun selalu jual mahal dan paling leceh nak di ngorat dan lebih menjurus kepada jenis-jenis yang kurang atau tak hensem langsung ? Dan lain-lain lagi.

Ah. Apa pula yang mamat ni bebelkan pulak ni; kata sesetengah kutu yang sempat membaca entri penuh hadhari dan jujur ini. Tidak apa. Ini contoh kurang lebih sama dengan permasalahan rawak yang kerap timbul persis persoalan-persoalan yang bermain di jiwa gua semasa zaman kanak-kanak suatu masa dulu. Bezanya cuma, persoalan-persoalan ini terus-terusan membuntu minda ramai manusia pasca milineum yang belum lagi bebas dari dicucuk wayar-wayar Matrix dan masih memilih sama ada mahu menelan pil biru atau pil merah. Ini termasuk juga gua. Kadang-kadang. Bukan selalu.

Lagi senang untuk mengutuk, mencarut, menempelak, mengata, membidas, mengkritik dan 'mendiam' sahaja. Tidak ada yang berubah kecuali tabii dan tabiat.


Tapi serius, wrestling kat TV tu gaduh betul ke tipu ? Sampai darah-darah gua tengok Hulk Hogan hentak dagu Ultimate Warrior...

Ulasan