cinta dan kompressor

" ...ni kalau awek lu ni, lu nak bikin macamana ? "

" Gila ah! Gua kalau ada awek macam ni, dia takkan pilih tempat-tempat komersial macam tu. "

" Apa pasal? "

" Dia tahu jaga maruah gua. "


Itu jawapan muktamad Salim bila gua tanya soalan popkuiz pagi tadi perihal judul muka hadapan satu berita tak senonoh yang jadi kat KL semalam (The Star, July 10 '09).

Bunuh diri pun nak cara bagi popular-popular. Bukan boleh bawak masuk kubur warta berita tu pun. Kerajaan takde peruntukan lagi nak buat pendaftaran premis bawah tanah. Lagipun, market bawah tanah susah nak masuk line.


" Dah baca sokabor tu kang, letak elok-elok. Ingat ni bilik berita ke ? "



Salim memang pekerja contoh dekat Shell. Berani betul dia herdik gua gaya terbuka macam tu. Sikit masa lagi gua saspek dia akan naik pangkat jadi pegawai minyak dekat Dubai.

Ulasan