Bravo buat gua ! Tepuk la 1000 kali...

Cuba klik ini gambar, brader. Kasik tekan la, gua serius cabar sama lu.

Ya. Sudah masuk Entri ke-1000. Sejarah juga kalau nak direkodkan sebagai pencapaian peribadi gua. Ini bermakna sudah masuk lima tahun jurnal blog ini berjalan dengan himpunan kata-kata dan cetusan ideologi-ideologi ilham dari buah fikiran gua yang solid bergeliga dan karut ntahapahapa. Terima kasih kepada yang sudi memziarahi. Terima kasih kepada yang nak membaca. Terima kasih kepada yang sanggup menyokong. Tanpa lu orang, mungkin tak sampai ke tahap ini. Suatu prestasi unggul bagi seorang blogger gelandangan seperti gua. Berkat orang penyabar barangkali.

Bravo. Bravo. Bravura!

Kepada semua ahli-ahli yakni sahabat yang ada di tepi (dan ada jugak yang takde di tepi sebab gua rasa gua dah tersalah adjust tadi, cess~!!) link sebelah kanan itu, teruskan menulis. Komen, kritik, kutuk, kupas, kuis dan kelana-lah lu orang semua semahu-mahunya dalam arena masing-masing. Jangan berhenti berkarya dan berseni. Kita tidak akan pernah tahu sekarang ke mana hala tuju kita kelak namun kelak juga yang pasti ada imbuhannya. Ceh! Bermadah pula gua. Dan ingat jua, kita mampu mengubahnya.

Maaf dan sori kalau ada yang tersalahsilap dan tertanggung kedurjanaan selama ni. Gua human being. Tak pernah sorok pada kelemahan dan kekurangan. Kalau ada yang terlanjur, mungkin joke gua tak menjadi. Atau tak best. Ampunkan gua zahir dan batin.


Agar diberikan lagi keluangan untuk mahu lagi dan lagi.

Moga diizinkan lagi semangat untuk terus berdaya.


Sekali lagi, terima kasih untuk kali yang SERIBU satu kali lagi. One more time, bebehhhh!!!


p/s : Gua sudah adjust kasik design baru dan segar sikit sama ini blog. Kasik sampai itu semangat-semangat. Baru ada mari ...dan lagi satu sebab, kedai komik gua nampaknya dah nak bukak dah. Hahaw!

Ulasan

dah pandai screen capture, bagus.

tapi apsal revert ke template kosong? minimalis mungkin.
"I" the writer berkata…
Congrats! so says "I" the writer.
faizalmukhtar berkata…
[zeekster]

siot, lu ingat gua koman sangat ka tatau capture?? ceh.

tapi ya... gua cuba jadi minimal. Bukan manimal. Itu siri TV.
faizalmukhtar berkata…
[gunblade99]

ya, sama-sama dong...
Saudagar Mimpi ... berkata…
Tahniah bro! 1000 entri dalam masa 5 tahun ni. 5 tahun lagi entri ke 2000.
faizalmukhtar berkata…
[saudagar]

gua target lebih tapi insyaAllah... terima kasih, terima kasih.