Futsal sana futsal sini ( SDCC '09 UPDATEs )

JOHN CAMERON'S AVATAR

TRON LEGACY

JONAH HEX

PRINCE OF PERSIA

JOHNNY DEPP AS MAD HATTER

ALICE IN WONDERLAND

Jackie Earle 'ROSCHACH' Haley as the new
FREDDY KRUEGER


KICK SOME ASS.

NINJA ASSASSIN

Gua dah lama tak turun futsal. Bukan sebab gua tak sudi atau takde kaki, cuma gua tak berapa feel sama futsal. Gua lagi terangsang sama itu permainan padang. Lagi real dan true dia punya semangat. Tambahan, Sports Planet gua takde share dia punya pusingan modal. Jadi, gua kena keluar duit modal sendiri masa main bola. Padang 7-11 kat rumah gua tu, percuma aje wakil rakyat gua sediakan. Nak dijadikan cerita, semalam Nuar BMX ajak gua turun main futsal dengan budak-budak Karangkraf. Pikir punya pikir, orait juga. Selain dah lama tak merasa kehangatan bermain di gelanggang futsal, gua pun dah lama tak jumpa dengan kaki-kaki kat sana.

Lagipun, kasut cap Total 90 III gua tu pun dah lama gua tak belai. Takut lumat pula dimakan anai-anai serta mergastua. Pakainya pula sekali sekala.

Sampai dalam waktu Buletin Utama lebih kurang macam tu, diorang dah start on game. Dapat la gua berlaga bahu dan bertembung kaki sesama mereka. Banyak juga budak-budak yang baru masuk dan hijau-hijau belaka. Yang gua cam cuma Ayiem, Yama, Nuar bukan BMX, Lan, Ajib dengan Uda. Lain semua bakal-bakal pelapis Karangkraf. Nuar BMX tak jadi turun, ceh! Beriya-iya tapi dia sendiri tidak muncul. Tengok Siam bungkus Liverfool barangkali.

Dem. Best jugak bila dah pekena bola saiz 4 ni. Main pula sejam. Mana puas, encik. Handal gua pun tak sempat keluar lagi.

Ketagihan jenis ni yang malas gua nak story ni.

Tadi petang pun, Erwin Dat ada merencana satu idea team futsal old boys daerah Subang. Daerah Subang tu OK lagi, cuma old boys tu yang gua tak berapa nak berkenan. Aripudon, Bobby dan Kah-Lel nampak setuju aje. Takkan nak duduk melabur harta di warung Syed bercerita soal kepala foto dan ikan sungai sambil teguk neskape tarik dan pekena durian gred D88 sahaja. Sangap la, brader. Badan pun dah mula nak lari sana-sini. Gua on aje.

Cuma yang gua musykil tu, ada ke orang main futsal dua lawan dua ?? Bola keranjang betul bunyiknye tu.

p/s: ...apa kes majalah Arena Bolasepak sudah tutup? Bahan bacaan tetap gua tu masa zaman kat sekolah dulu, zaman Azman Adnan tengah harga 1 juta ringgit Malaysia. Sikit punya sentimental ini berita.



Ulasan