Tanji gelora yang sempat singgah

Tidak tahulah berapa lama lagi marathon Michael Jackson akan berakhir di rangkaian radio atau stesen TV akan abis main videoklip lama-lama beliau secara loop berulang kali. Selagi ada tribute dan selera orang untuk menghormati pemergiannya, selagi itu juga barangkali. Gua sempat layan satu konsert lama beliau malam tadi sampai pukul 1-2 pagi. Malam minggu layan konsert Michael Jackson yang sold out di Bucharest. Apa barang, kata sesetengah kutu. Heh. Gua malas keluar barangkali. Tengok bukan main gilababi crowd. Gua juga ada perasan beberapa benda yang jarang gua perasan sebelum ni terhadap Michael Jackson. Tak silap lagi dia memang performer sejati persis Elvis dan Beatles di zaman masing-masing.

Lantas, terdetik satu persoalan di hati gua : Siapa pula selepas ini ? Apa bakal ada pengganti legasi performer handalan selepas era Michael, Beatles dan Elvis ? Fenomena insani jenis apakah pula yang akan hadir menggegar dunia kita di masa-masa yang akan datang ? Itulah dia. Itulah dia. Itulah dia... siapa ??

Dan bercakap tentang perfomer dan legenda, seharusnya setiap satu generasi pasti akan muncul seorang idola atau ikon yang menjadi pujaan serta pujian ramai orang. Zaman gua adalah sekitar dekad 80an dan ke atas. Huih! Ramai juga idola dan ikonik-ikonik karakter yang ada pada zaman gua dari segenap lapangan dan arena ceburan. Disebabkan anugerah, bakat dan sesuatu keistimewaan yang tidak ada pada orang lain, mereka-mereka ini terwujud. Unik dan tersendiri. One of a kind. Kalau dunia moden dan mainstream serba pop(ular) ini, living legendya sudah tidak ramai. Bagi gua secara peribadi, bolasepak ada Maradona, filem ada Spielberg, penulisan ada Pak Samad, seni sudah tentulah dan semestinya ada M.Nasir. Tapi apakah yang membuatkan seseorang itu boleh diangkat sebagai seorang yang berstatus legenda? Apakah kualiti dan piawaian yang perlu ada untuk permasyhuran itu? Apakah tunggu dan nanti hingga orang itu sudah tidak ada seperti P.Ramlee, Sudirman dan Mokhtar Dahari barulah hendak di letakkan martabat nama-nama ini di atas aras masyarakat yang sepatutnya?

Ternyata persepsi sumbangan dan perbezaan fahaman serta ideologi seringkali dibeza-bezakan. Gua juga ada nampak dan kenalan dengan beberapa sahabat yang pada hemat gua juga ada potensi dan prospektus untuk menjadi legenda suatu hati nanti. Hasil buah fikir dan hasil kerja diorang ni bagus. Seganding dan setanding dengan yang empunya tangan dan kaki. Punya unsur-unsur yang authentic dan berani. Entah orang lain nampak juga apa yang gua nampak, itu gua kurang pasti. Tapi yang pasti, gua sengaja-sengaja tidak mahu tegur yang mereka di jalan yang betul. Takut nanti kalau di tegur, tersasar pula perjalanan. Lagipun, manusia-manusia hebat ni dah tak nak dah di makan puji atau di suap dengan ucap kata yang manis-manis.

Diorang awal tahu arasyh makam mereka di mana sebelum diorang mati lagi.

Gua bangga main bahasa jiwa dengan mereka. Memang 'pure' gua cakap lu.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Rick Astley! Just found dead in his Hotel Room in Berlin!

Scary sial konyer entry. persoalan ko dapat jawapan!

you are going to hell! lol

-Yongster
faizalmukhtar berkata…
[yong]

" ...never gonnaaa givee youu uuppp! ", video klipnya antara paling ranggi di dunia!

bdw, cryptic is the word your looking for. aheh!