...lagu apa tu?

Suasana hujung minggu kebelakangan ini rasa gua adalah bertaraf sentimental dan syahdu. Mungkin sebab dah masuk bulan rejab. Mungkin kerap kali mendengar lagu yang bukan-bukan. Mungkin kerap sangat tidur yang panjang-panjang dan jarang-jarang berjaga. Atau mungkin juga gua sendiri yang terasa seperti itu tanpa ada apa-apa ataub sapa-sapa yang memaksa.

Rupa-rupanya baru gua sedari satu perkara. Rupa-rupanya ini adalah perasaan seorang yang sudah lama tidak basuh baju, sudah lama tidak mengemas bilik dan sudah lama tidak memandang ke bumi.

Sedangkan memandangkan bumi lebih mudah dari mendongak langit.

Ulasan