Di manakah anda pada tahun 1947 ?

Sedang rancak gua membuat kajian dan menjangkau rujukan-rujukan untuk penulisan skrip dan buku gua, gua terjumpa maklumat ini dari blog Fahmi Reza, pembikin dokumentari 10 TAHUN SEBELUM MERDEKA dan sekuelnya REVOLUSI '48 yang memenangi anugerah Most Outstanding Human Rights Film pada FREEDOM FILMFEST 2007. Bacalah untuk pada jiwa-jiwa terbuka tanpa ada apa perasaan prejudis, proxy dan retorik kerana sememangnya apa yang tertera bukanlah yang lu orang pelajari semasa di sekolah dahulu. Malah tidak termaktub ajarannya oleh mana-mana cikgu sejarah KBSM sama sekali.

Selesai sahaja membaca entri ini, wujud kata dalam hati berbunyi - ' ...oh, barulah gua tau yang gua ni : a) ketinggalan zaman, b) tidak tahu menahu, dan c) tidak di beritahu. '

Bendera Rakyat telah dikibarkan secara rasmi di seluruh Malaya pada 10 Disember 1947. Menurut akhbar Utusan Melayu, hampir semua bandar² dan pekan² termasuk Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Sungai Siput, Alor Setar dan Singapura telah mengadakan istiadat menaikkan bendera tersebut. Semasa istiadat mengibarkan Bendera Rakyat di bangunan Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura pada pagi 10 Dis 1947, Taha Kalu, Setiausaha Agung Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) telah menerangkan:

Bendera Rakyat yang baru kita naikkan ini ialah sebagai cogan persatuan rakyat yang berjiwa maju progresif. Bendera ini telah sama² diukir dan diputuskan oleh dua badan gabungan yang besar di Malaya, iaitu Pusat Tenaga Rakyat dan Majlis Bergerak Serentak Se-Malaya. Bendera ini kita namakan Bendera Rakyat, kerana ia adalah satu gambaran atau satu tanda, tegasnya satu cogan merupakan persatuan rakyat seluruh Malaya. Persatuan yang kita yakini akan bertahan kuat perdiriannya tiap² hari.

Maksud disebalik simbol² dalam Bendera Rakyat:

12 biji bintang

  • 12 negeri yang bergabung di Malaya
  • 9 Negeri Melayu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Perlis, Kelantan, Kedah, Johor)
  • 3 Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka, Singapura)

Warna kuning bintang

  • Keadilan dan kedaulatan rakyat
  • Perlembagaan Rakyat diiktiraf
  • Membayangkan semua negeri dalam keadaan aman dan makmur

Bintang berbucu lima

  • Ketuhanan
  • Kedaulatan rakyat
  • Keadilan sosial
  • Kebajikan
  • Kebangsaan

Warna merah

  • Keberanian dan kuasa kemahuan rakyat untuk menentang semua rintangan² supaya tercipta keadilan dan demokrasi di Malaya

Warna putih

  • Perjuangan yang didasarkan kepada kejujuran dan kesucian untuk mencapai kebebasan yang teratur dan tidak berdasarkan kepada haloba dan tamak, tetapi hanya dengan membawa cita² yang satu iaitu pemerintahan sendiri yang berdasarkan kepada kedaulatan rakyat

Warna Merah Putih mempunyai riwayat yang tertentu bagi penduduk² di Malaya dan telah dipilih dengan persetujuan PUTERA dan AMCJA kerana ia merupakan warna bendera kebangsaan Melayu di zaman Kerajaan Majapahit semasa abad yang keempat belas dahulu.


Sumber: Akhbar Utusan Melayu, 11 Disember 1947 dan akhbar The Straits Times, 11 November 1947

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
oh.. begitu al kesahnye...
faizalmukhtar berkata…
[anonymous]

itu sebab masa kelas sejarah, jangan ngorok... nanti miss benda-benda camni. mu peheh dok?
el berkata…
An alternate malayan history that is ripe with possibillities!

Alternate Kapten Malaya 1947 yo!
Tanpa Nama berkata…
gua tak nyorok.. tapi gua pegi lepak makan kropok kat gerai luar pgr skolah.. ahhahaha!
rindu dgn p'buatan keji tu..
faizalmukhtar berkata…
[el]

..aduh! Yang lu pegi reveal sekarang projek rahasia kita, sapa suruh bro??

Se-poil betol la dia ni. Chaiss!
faizalmukhtar berkata…
[anonymous]

bukan nyorok la, dol... ngorok.

bahsa ibunda peranakan jawa gua - 'ngorok' maknanye tido. Ada feheemm..
Tanpa Nama berkata…
sekali tak perasan da..
mana gua nk letak muka ni.!