procrastinatus

Apa lagi yang lu tunggu-tunggu ?

Lanjut lepas waktu-waktu makan tengahari macam tu, member satu studio gua cakap satu Malaysia terputus bekalan internet. Sampai pukul berapa, dia sendiri pun taktau. Gua sedikit cemas sebab kena hantar benda lalu e-mail, yang patutnya boleh dihantar awal sedikit hari ni. Memang kadang-kadang gua dirasuki semangat prokrastinator. Mekanisme seorang prokrastinator mengikut pakar-pakar psikologi selalunya terbahagi tiga yakni : 1) anti-produktif 2) lebih-kurang-tidak, dan 3) bertangguh-tangguh. Dah nak masuk bertahun-tahun, ini satu tabiat huduh dan buruk gua yang bak kata budak-budak muda shuffle sekarang, 'tak boleh belah'.

Dan kalau diamat-amati juga, prokrastinasi ni kerap juga dikaitkan dengan cubaan serta godaan kala 'perfectionism' atau kesempurnaan mula mencanak. Selagi benda tu tak ngam atau tak cukup best atau tak terperinci gila babi... maka lebih kerap jugalah berlaku adegan tangguh-menangguh, kounter-produktiviti dan lebih-kurang-tidak. Gua ada periksa Wiki itu hari, racun dalam jiwa yang gua gogok selalu ni di panggil 'egosintonik'. Bahaya. Kalau tak dirawat cepat, nanti parah sebab sekarang gua dah rasa efek sampingannya sikit.

Lambat hantar kerja.
Lambat angkat kereta sendiri.
Lambat bukak akaun amanah saham.
Lambat bayar cukai pendapatan.
Lambat bangun tidur.
Lambat masuk tidur.
Lambat buat keputusan.
Lambat sedar.
Lambat itu dan lambat ini.

Gua jadi si lembap gara-gara berprokrastinasi. Anti-dotnya, sudah ada dalam genggaman. Kenapa sehingga ke hari ini masih liat dan teragak-agak untuk menelannya ? Adakah kerana ianya pahit ? Atau apakah masa, alasan dan syaitan durjana menjadi penghalang ?

Risiko hidup dan mati makin tinggi, tekanan memuncak dari atas dan bawah, masalah datang dari kiri dan kanan. Gua masih dengan stigmata sikap negatif gua yang tak berkesudahan. Makin dunia berubah, makin degil gua jadinya. Apa nak jadi, akan terjadi. Apokalips gua tak menjadi !

Orang panjangkan akal, gua pulak cuba nak panjang ekor.

Ulasan