Pemangsa kebuluran nafsu-nafsi.

Gua dalam kelaparan yang amat sangat. Bukan sebab gua tak nak makan, tapi gua taktau la apa pasal. Mengikut statistik harian gua yang tidak termasuk bulan puasa, asal makan aje - gua kenyang. Asal makan aje - gua kenyang. Lepas tu berat badan gua naik secara senyap-senyap tanpa ada amaran lisan mahupun bertulis. Lepas tu, kalau diberegukan pulak selera makan gua dengan nasik dan masakan-masakan rumpun kita ni, mata gua jadi stim semacam. Ngantuk. Tak seimbang rasanya keadaan kardiovaskular dan hormones usus perut. Bukan sebab tak baca doa makan atau Bismillah sebelum makan, tapi sebab mungkin makan gua sekadar mengikut kehendak nafsu semata-mata.

Ini bukan cubaan untuk mendietkan diri gua. Jauh sekali, bukan satu manifesto untuk memachokan keadaan sahsiah dan rupa paras diri. Apatah lagi untuk kelihatan kurus sebab berat badan gua sedap-sedap Christian Bale sahaja.

Gua nak makan. Memang nak makan kerana kelaparan yang teramat sangat.

Makan dan kelaparan tiba-tiba bukan masalah utama sejak beberapa jam yang lepas. Hilang dari pemerhatian kotak fikiran. Entah apa hal, gua ketagih pula mengadap PC baru dalam aircond baru bersuhu 16 darjah selsius sambil ditemani kutu-kutu baru di siber kafe baru ini, yang bak kata Fendi dan Nizam Bad tadi percuma kerana promosi hari pembukaannya yang baru.

Ah! Mudah betul gua lupa diri nampaknya.

Lenjan, jangan tak lenjan.

* Fendi dan Nizam Bad bukan kutu baru. Diorang kutu stok lama.


p/s:
Semalam ada satu member kamcing gua hadiahkah gua satu pasang sandal Croc taraf mewah yang tak mungkin mampu gua beli dalam keadaan semasa gua sekarang. Kalau ikut jahil gua, nak aje gua gadai buat beli komik atau makan Pizza Hut. Tapi gua tak macam tu. Gua hargai pemberian itu setinggi langit dan bintang kejora.

Ulasan