Mencari makna mimpi indah. Gile ah... Mana gua nak cekau ni ?!

Keadaan semakin meruncing. Dalam pada gua menunggu jam di dinding masuk tepat ke arah jam 10 malam sebab ada sesi lebihan-suara (voiceover) di opis lama gua yang dah masuk 3-4 kali bertangguh... gua keseorangan mengelamun tentang hari esok gua sekali lagi. Entah penyakit apa, benda ni dah jadi tabiat. Rasanya Awie dalam trilogi Sembilu pun tak jiwang macam ni. Asal sorang aje, layan emo. Asal sorang aje, layan feeling. Asal sorang aje, layan blues. Blues ye, bukan Blue.

Malam tadi gua mimpi. Mimpi gua bukan main clear. Jelas dalam ingatan sehingga ke saat ini. Dan gua simpan dalam kantung ingatan gua pesanan dalam mimpi tu.

Haru. Mana gua nak carik RM30,000 ni?

Ulasan

djnazie berkata…
Mau 30k,

Saya Ah Long, saya mau tolong...
:-p
faizalmukhtar berkata…
[nazie]

tengkorak kau!