masanya untuk kembali dari semi-persaraan.

Lebih kurang macam ginilah sahsiah rupa diri pintu gol puaka serba moden itu.

Kadang-kadang kalau berkesempatan, gua berpeluang sekali-sekala untuk menghantar adik-adik gua yang masih kecil itu ke sekolah masing-masing di pagi hari tatkala jam di dinding masih belum lagi menunjukkan detik 7.30am. Tambah-tambah lagi kalau gua bangun awal lebih awal dari orang lain di rumah itu. Dan hari ini gua mendapat peluang itu lagi setelah semalaman digigit iklim bersuhu panas, lantas biokimia bola mata gua enggan memberi laluan untuk gua tidur dengan sentosa.

Gua dengah penuh obor hemah, memberhentikan salah seorang adik gua betul-betul di laluan belakang pintu pagar kecil berdekatan dengan padang sekolah. Alangkah terperanjatnya hati kecil gua bila mendapati, setelah 20 tahun menunggu... akhirnya Sekolah Menengah Subang Utama mendapat tiang gol / rugbi ( 2+1) bertaraf Olimpik serba baru. Cantik, putih, kemas, bergaya, unggul dan cukup sifat untuk menganjurkan mana-mana acara sukan tahunan sekolah mahupun tuan rumah apa-apa acara dalam kalendar MSSD atau MSSS.

Cuma persoalannya sekarang : Budak futsal rambut pacak dengan shuffle terlampau mana yang sanggup menyahut seruan gua untuk menguji keampuhan serta ketahanan tiang gol yang sejak dari tadi gua gatal nak hentak dengan bola-bola api gua ini ?! Atau lebih tepat lagi, kenapa tak tunggu gua aje jadik cikgu PJK sendiri kat sekolah tu dan jadikan PJK sebagai subjek matapelajaran teras untuk SPM sahaja ?

Bedebah. Ni yang rasa nak YouTube Henrik Larsson ni.


p/s: SMSU dibuka umum pada tahun 1989. Sejak dari itu, pintu golnya tidak pernah berubah walaupun sudah hendak rebah sujud ke bumi, karat macam stadium nasional Congo, lebih dua dozen kali di cat semula dan berjuta kes kecederaan terpencil pemain bolasepak amatur yang tidak terlapor. Keadaan rumput serta pemalar kepadatan tanah padangnya pula malas hendak diceritakan di sini.

Ulasan