KONSERT SATU WAJAH M.NASIR

Gua dah hubungi Bob Dylan mengenai berita indah ini. Katanya, dah lama dia tunggu konsert stadium sifu selepas gagal ke Istana Budaya itu hari. Sting dan Bono pun turut sama kegembiraan tatkala mendapat panggilan dari gua.

Siapa yang tak turun akan dianggap manusia yang paling tak seni dan tak karya langsung dalam hidup sepanjang 2009. Sapa takde duit, gua sanggup keluarkan dana kebajikan dari kantung tabung seniman-seniman jalanan terabai gua. Kita gamatkan ramai-ramai. Kasik rakyat sikit.

Gua serius. Jangan ingat ini satu sendagurau atau lawak bangsawan Hang Setia.


Ulasan

Saudagar Mimpi ... berkata…
Oh! Ni namanya lawak "peminat setia", bukan Hang Setia. Yang setia tu hang la, sebab sanggup keluarkan dana kebajikan seniman jalanan terabai.

Kasihan seniman....

Apa pun. kalau tak ada aral melintang, jumpa di sana bro.
faizalmukhtar berkata…
[saudagar]

..kalau ini macam la, aral pasti akan melintang patah dan membujur lalu!
INDRA QIRANA berkata…
ohhh kat istana budaya ari tu tak jadi rupanya patut lah senyap jer...wartawan pon skang lebih suka ngendeng cerita cerai berai ngan rampas merampas suami isteri artis mana lah nak tau cerita M. Nasir ni, semoga dia successs
azyze gomez berkata…
pertama : rejoice, rejoice!
(tiada kena mengena dengan syampu)

kedua: hang setia? gileeeeeee lah! :)
faizalmukhtar berkata…
[indra]

...dah terlebih sukses dah ni. sekarang kita harus suksesif kan diri kita pulak ke stadium!
faizalmukhtar berkata…
[azyze]

memang gile kalau pakai shampu rejoice... ada sekali tu sampai pedih-pedih bulu badan sebab overdose.
Tanpa Nama berkata…
INDRA QIRANA said…

ohhh kat istana budaya ari tu tak jadi rupanya patut lah senyap jer...wartawan pon skang lebih suka ngendeng cerita cerai berai ngan rampas merampas suami isteri artis mana lah nak tau cerita M. Nasir ni, semoga dia successs


to indra qirana....

sapa kata kat istana budaya hari tu tak jadi...kat IB tu sold out utk 3 malam berturut2...