Kenangan gua dan bapa gua paling terharu.

1986 MALAYSIA CUP FINAL
Klasik giler game!
Gua betul rindu ini time...




Lu tengok skill Mokhtar, lu tengok gol Ristomoyo, lu tengok cool Zainal, lu tengok setpiece Hung Meng. Keeper Johor sampai kena sub, player Johor semua tercicir. Macamanalah stadium tak penuh? Kalau abah gua join liga itu zaman, macamana pula agaknya ek?


Bingkisan klip video yang dicilok dari You Tube bertaraf legendaris ini sebenarnya sengaja gua cungkil sebagai mengenang jasa bapa gua sempena Hari Bapa semalam. Gua sebetulnya nak carik klip satu game bolasepak tempatan ni yang ada membawa sentimental value dalam hidup gua tapi tak jumpa. Bapa gua semenjak dua menjak ini macam kurang berminat hendak membincangkan topik bolasepak tempatan, walhal dulu dia adalah seorang ahli sukan bolasepak yang pernah digandingkan dengan beberapa pemain bertaraf kebangsaan semasa mewakili satu kelab pada penghujung 70an. Walaupun bapa gua tidak terlibat sepenuh masa dalam bolasepak yakni bukanlah pemain liga Dunhill, kenangan gua bersama bapa gua dalam bolasepak sangat melekat dalam lubuk sanubari gua. Gua banyak berilmu tentang hal-hal bolasepak dari bapa gua semenjak gua kenal apa itu bolasepak. Hubungan gua dengan bapa gua banyak akrab gara-gara bolasepak.

Masih teringat lagi, pertama kali gua ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bolasepak secara langsung depan mata, bukan depan TV. Itu time perasaan berkobar semacam. Dada berdebar. Jiwa bergoncang. Ben Johnson punya nyawa pun tak getar sama macam getar nyawa gua itu time. Ye la, first time brader! Perasaan first time selalunya macam-macam perasaan. Kena pulak gua ni yang jarang miss perlawanan-perlawanan yang punya sponsor gaya, mutu dan keunggulan, lebih-lebih lagi melibatkan pasukan Selangor dan pasukan kebangsaan setiap kali kalau ada main kat TV3 lepas waktu perdana. Memang la meracau macam orang sawan kena suntik. Destinasi kami adalah Stadium Merdeka. Gua, bapa gua dan adik gua sorang sahaja. Sampai stadium lebih kurang jam 8 malam... gua terkedu. Macam rusuhan orang kebulur mintak bantuan makanan kat Somalia. Tolak bukan sikit-sikit punya tolak depan kaunter tiket. Tempat duduk biasa gua rasa adalah dalam lingkungan RM5 ke RM8 harganya. Gua tak berapa nak ingat. Yang gua ingat, bapa gua dengan tanggungjawab dan ketabahan seorang ayah merempuh jua dalam kekalutan itu. Gua jaga adik gua sebelah kesesakan manusia yang takde displin punya buaya. Walaupun gua masih kecik lagi, gua sudah mula rasa terharu dengan abah. Kenapa diorang tak reti beratur ke, bagi hormat laluan kat orang tua ke, apa ke?

Gua tunggu.

5 minit jadi 10 minit. 10 minit jadi 15 minit. Game dah beberapa minit berlangsung. Ini tak boleh jadi, detak hati gua makin lama makin berkocakan.Di kocok-kocok bak kata Inul.

Selang daripada tu, abah gua kembali. Hampa. Tiket tak dapat langsung sebab makin dekat dengan kaunter, makin hawau orang nak menggasak. Gua dengan adik gua diam. Rasa kecewa dengan hampa itu jam, tak payah cakap la. Harapan menggunung yang gua bekal dari rumah tadi cepat aje roboh ke tanah. Rasa macam nak karate aje semua benda depan mata gua. tapi gua dah tak bermaya sebab frust. Pandangan gua pun dah macam kabur-kabur dek ada macam kaca-kaca campur air garam bertakung dekat soket biji mata gua. Gua tak dapat buat apa. Abah gua pandang gua dengan adik gua.

Tiba-tiba, abah sound gua dengan adik gua.

" Jom... pegi sana", abah gua bersuara dalam keadaan yang cukup drama itu.

Gua tak tau abah nak bawak gua pegi mana, sebab gua mana pernah datang area Stadium Merdeka. Gua pun ikut aje langkah abah gua yang gua rasakan makin lama makin laju aje meninggalkan gua berdua. Nasib dapat catch up sebab dia sempat juga menoleh tangkas, takut kami hilang.

***

Gua rasa inilah antara 10 perasaan paling hebat dalam dunia yang pernah gua alami. Depan mata gua, crowd stadium yang gila babi sikit punya ramai. Penyokong tak henti-henti memekak bersorak demi pasukan kebangsaan kesayangan mereka. " MALAYSIAAAA!!! MALAYSIAAA!!! MALAYSIAAA!!! "

Depan mata gua, sedang keluar dari bilik persalinan adalah AZMAN ADNAN, ZAINAL ABIDIN HASSAN, DOLLAH SALLEH, KHAIRUL AZMAN, AZIZOL ABU HANIFAH dan beberapa star liga Semi-Pro yang lain. Ken Worden pulak jenis coach yang tak reti duduk diam. Ada aje benda yang nak dicarutkan tepi bangku simpanan.

5 FEBRUARI, 1993. PESTABOLA MERDEKA 1993. MALAYSIA vs SINGAPORE.


Malaysia menang 2-1, Mubin score satu. Dollah score satu (takde dalam gambarajah di atas. Hiasan aje tu). Sundramoorthy score gol saguhati. Dalam ini kejohanan, Malaysia menang final lawan Korea Selatan B dengan jaringan 3-1 selepas waktu tambahan lepas seri 1-1. Tak silap gua, ada lebih kurang 3 player team Korea ni dapat main World Cup. Azman kasik dua gol. Lepas ni la, yang dia jadi superstar buruan sampai KL offer 1 juta wang perpindahan dari sana ke Selangor.

Itulah dia kenangan detik paling bersejarah ke stadium buat pertama kali dalam hidup gua. Rasa macam dilahirkan semula. Sebagai seorang peminat dan mungkin juga sebagai seorang pemain. Semangat Stadium Merdeka memang lain macam. Best tahap Dewa Dewataraya.

Tapi, takde lagi perasaan yang lebih terharu, sebak dan nostalgik dari menjeling senyuman dan kegembiraan di wajah abah gua melihat kami terpekik terlolong macam orang kena histeria sambil rela mengorbankan sejumlah duit gajinya untuk beli tiket grandstand RM30 sorang yang tersemat rapi dikocek seluar slacknya pada tahun itu. Gua rasa bertuah dan bersyukur punya abah seperti abah gua.

Selamat Hari Babah. Long Live and Prosper.

Hari ini, bapa gua lebih senang tengok Lee Chong Wei main badminton dan sikit-sikit bincang pasal bolasepak luar negeri. Bolasepak tempatan? Dia cakap, " Standard apa yang kau nak bincangkan? ". Gua jadi terkedu lagi.

Ulasan

rozinorazali berkata…
salam...
faizal, mmg nostalgia zaman bolasepak dlm entri kau ini...
terbakar jiwa bila membacanya...
apa apa pun tanx kerana bring back those memories...
bilalah agaknya nak dpt rasa mcm tu balik eh...
dlm liga super pun ok lah...
faizalmukhtar berkata…
[aiyie]

lu nak bikin dokumentari bola tak?