gua dan Bill Gates mempunyai pakatan rahsia.

Seperkara mengenai kepenggunaan internet dan perkara-perkara yang telah dilampiaskan di komputer menerusi laman-laman sesawang komuniti sosial adalah anda dapat melakukan 14 bilion perkara dalam satu masa.

Contohnya, baru sebentar tadi, gua telah dapat melakukan bual bicara dengan 3-4 rakan kerja atau klien, membuat temujanji untuk pertembungan PES / Winning Eleven, mem-blog, membalas komen blog, mengutuk kutu-kutu dengan kata-kata durjana dalam facebook, membelai aweks-aweks dengan kata-kata manis dalam facebook, membaca berita, youtube, wiki dan lain-lain. Semuanya ini telah menyenangkan hidup dan hati gua.

Ini semua mungkin tidak berlaku dalam tempoh kurang sedekad yang lalu. Ataupun mungkin separuh dekad. Cepat benar teknologi berubah. Sampai kadang-kadang ketinggalan juga gua yang memang buta dan tuli IT. Nasib baik gua boleh catch up sedikit-sedikit. Itu hari pun baru belajar dengan Kak Liza cara menjinak-jinakkan diri gua dengan PowerPoint. Terer la gua lebih kurang biarpun selalu kena perambat sebab suka guna gambor yang besar-besar. Gua kini tidak jahil Power Point lagi. Lebih nista, gua haram tak reti toren ataupun membakar dvd ataupun memindahkan koleksi lagu-lagu rock kapak gua ke dalam library Media Player. Setiap kali diajar oleh pakar-pakar IT merangkap sahabat-sahabat, setiap kali itu jugalah gua kantoi dan lupa. Tapi bila bab-bab facebook dengan YM aje, banyak yang gua lancar sendiri. Apahal entah, itu gua tak pasti. Dulu masa darjah 3... gua, Hanafi Zamali, Syed Zahidi dengan Daniel Yusof Omardin pernah masuk kelas komputer. Masa tu kelas komputer lepas waktu sekolah tengah top sebab Hanafi cakap lepas belajar boleh main game Space Invader dengan Double Dragon. Jimat duit tak payah turun arked dan susah-susah fikir kalau kena angkut dengan preman yang pura-pura terer main Street Fighter. Kat sini, gua dapat belajar sambil bermain ataupun belajar bermain-main.Tidakkah itu satu ibadah dan idea yang luhur ?

Gua pun masuk kelas tu dengan azam nak jadi top scorer selepas waktu belajar. Belajar, belajar jugak. Yang hanya gua ingat adalah MS DOS dan entah berapa kerat perkataan komputer yang gua rasa dah berstatus jurasik. Zaman pra-Windows memang menyeksakan batin dan zahir. Tu yang malas gua belajar komputer tu. Tak tetap pendirian.

Jadi, apakah natijahnya disini ? Apakah kata putus dari gua ? Menyenangkan ataupun menyusahkan sahaja teknologi IT ini ?

Gua akan kata sederhana susah kerana buat setakat ini, selagi tidak ada peranti (software) istimewa yang boleh keluarkan duit dari slot MS DOS gua, gua tak cukup puas. Kalau makin lama kita melayari internet, makin banyak saham dan modal yang kita janakan. Seterusnya penghasilan dana dan harta yang tidak terkata banyaknya. Dapatlah gua membeli benda yang bukan-bukan dengan lebih banyak lagi tanpa risiko kekeringan kos atau lebih tepatnya, kopak sebelum sampai waktu.

Tak macam mesin ATM, kena masukkan duit dulu baru boleh keluarkan duit. Tak ke buat keje dua-tiga kali namanya tu ? Hampres.


p/s : Hanafi Zamali sekarang adalah seorang ayah yang bertanggungjawab dan adik angkat kepada Bill Gates.

Ulasan