Di-kitai pasukan picisan.

Mungkin ramai yang tak tahu dan mungkin juga ramai yang sudah tahu, pasukan kebangsaan US telah mecipta sejarah yang agak gila babi dengan mengalahkan Juara Eropah dan Pasukan Bola sepak nombor 1 dunia, Sepanyol dengan jaringan 2-0 awal pagi tadi. Ianya adalah sesuatu yang boleh di eksyenkan oleh negara yang hanya terer dalam sukan bola keranjang, American football dan baseball itu (sebab semua sukan yang disebut tadi pada mereka adalah bertaraf world-world pada mereka dan takde sapa boleh kitai diorang dalam sukan-sukan itu). Untuk makluman semua, Sepanyol tidak pernah kalah sepanjang 35 perlawanan terdahulu semenjak November 2006 dan US pula memang takde harapan langsung untuk mara ke perlawanan akhir Piala Konfederasi kat Afrika Selatan, apatah lagi untuk layak keluar dari peringkat kumpulan itu setelah di belasah Italy 3-1 dan Brazil 3-0. Ini perlawanan akhir US yang pertama dalam rekod FIFA sejak 1916.

Tapi, bolasepak memanglah begitu kadang-kadang. Biarpun Piala Konfederasi ini hanyalah macam level raptai Piala Dunia aje untuk kejohanan sebenar tahun depan namun setiap perlawanan di ambil kira sebagai kayu pengukur. Game malam tadi pun, bukannya Sepanyol tak main sungguh-sungguh. Bukan main geram dan garang lagi nak robek gol post US. Muka Villa dengan Torres pun dah macam hapa aje gua tengok sebab frust. Kena pulak dua-dua gol tongong.

" ...the time has come to fear US soccer, " " ...this win is huge for American soccer ", " ...I think it just shows that we can compete with the best. Now we need to do it on a consistent basis ", itulah antara kata-kata syok sendiri yang diucapkan oleh jurulatih dan kapten US. Biasa, US memang tabii-nya suka syok sendiri.


Jadi, apakah moralnya di sini kengkawan semua ?


Jangan sesekali sangka Sepanyol dalam Winning Eleven di pelantar PS2 sama levelnya dengan Sepanyol sebenar di atas padang. Tak pun, lepas ni dia panggil Michael Bay jadi coach supaya nampak lebih patriotik dan gagah di mata dunia!

Ulasan