Betul kata Cikgu Manan, Cikgu Mansor dengan Cikgu Ang... gua memang pelajar bermasalah.

Tak abis-abis lagi dengan masalah yang sengaja di-updatekan gua hari-hari. Orang kata tak nama hidup kalau tak ada masalah. Abis kalau ada masalah, hidup betul sangat la ni ?! Siang malam, kapasiti dan kemampuan otak dan sel membran diterjah-terjah. Dipukul, dipalu oleh keadaan yang mendesak dan terdesak. Kuat komplen tidak akan dapat selesaikan apa-apa, kata satu suara tidak berbayang dalam kepala hotak gua yang berjambul. Hampeh! Kalau tak komplen, tak buat laporan... sapa yang tau gua ada masalah. Tu yang 2-3 menjak gua ni dilenjan macam welfare atau petugas sarkis. Gua senyum. Gua diam. Gua 'Yes'. Gua OK. Gua angguk. Gua senyum lagi.

Muhibbah la tu konon. Masalah tetap datang. Sabar, kata hati gua. Tuhan akan uji orang yang dia sayang. Tapi gua rasa macam lebih ke arah Tuhan marahkan gua ni. Nampak sangat bukan sebab cuaca negara yang makin membahang dan memanas. Terserlah takut gua.

Untuk rekod, berikut ini adalah 10 masalah-masalah terkini yang gua rasa terpaksa gua selesaikan dalam masa yang terdekat ini sebelum meruncing dan sekaligus menjadi masalah negara juga.

SATU. Gua harus carik jalan macam mana nak dapatkan tiket untuk pegi ke dua konsert gergasi bertaraf legenda tanahair yakni KONSERT 1WAJAH dan KONSERT DI AWAN BIRU. Khabar angin mengatakan, jumlah tiketnya yang ketinggalan makin lama makin tipis. Tak rasa sempurna tahun ni kalau gua tak hadir dua-dua konserto tersebut. DUA. Perlawanan MALAYSIA vs IBLIS MERAH BERSATU nanti masih dalam lingkungan gua berlengah-lengah nak pergi ataupun tidak. Sebagai penyokong dan pemain simpanan Harimau Malaya era 80an dulu, gua harus berikan khidmat sorakan dan semangat gua yang padu pada perlawanan tersebut itu nanti. Pasukan Iblis Merah tu harus diberikan tunjuk ajar. TIGA. Belen hutang gua dengan kameramen wedding adik gua tempoh hari dah nak lupus. Sikit masa lagi dia akan call gua dan tanya ' bila mau angkat gambar adik lu, dah naik siap ni? '. Tahun lepas, gua lambat angkat sebab problem yang sama juga. EMPAT. Semenjak jadi penulis pelarian ni, banyak keje yang belum dibayar tunai lagi. Nampak aje job macam pung-pang-pung-pang sana sini, tapi kalau takat Kancil Turbo gua hanya mampu tuang RM5 untuk bekalan 2-3 hari, apa cerita? EMPAT(a). Lebih kurang macam di atas: Gua ni penganggur ke, pekerja ni sebenarnya? Seingat gua, gua memang tak pernah bayar atau mendapat penyata cukai pendapatan? LIMA. Masih musykil dengan mimpi gua itu hari. Betul ke sampai RM30,000?? Hawau. Hawau. ENAM. 3 saman polis, 1 denda JPJ dan 1 perintah mahkamah dan beberapa notis majlis perbandaran. Agak-agak kalau gua contact Sungai Buloh, dia akan beri tips atau macamana? TUJUH. Kerap dapat subsidi dan ehsan dari orang. Memanglah rezeki, alhamdulillah la gua lafazkan dalam hati. Tapi gua kurang berkenan dan tak berapa suka benda free dalam hidup. Nanti gua jadi lemau. Jadi manja. Naik tebal juga muka tembok gua ni. Apa kata masyarakat sekeliling pula nanti? Gua bukannya imigran atau mangsa perang. LAPAN. Nak beli laptop atau pc sendiri belum mampu. Haprak betul hari-hari menaip kat siberkafe. SEMBILAN. Orang lain nak pakai pascabayar, gua pun sibuk nak pakai pascabayar. Padan muka line kena cantas. SEPULUH. Kenapa MacGyver dah berenti main kat TV2 ?

Yang lain-lain masalah, gua tengah fikir sama ada nak bukak laman blog baru ke tak untuk tujuan penyenaraian. Edward de Bono dengan Rene Descartes kata bagus kalau kita dapat list problem kita satu persatu untuk memajukan kendiri, walaupun sebenarnya fahaman gua lebih menjurus ke arah Rumi dengan Fansuri.

Agak-agak bila la Cikgu Manan, Mansor dengan Ang nak approve facebook gua ni.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
masalah nombor 1 lu sama macam gua.
faizalmukhtar berkata…
[anonymous]

lu pun menambahkan masalah gua... sebab lu ni sapa? dari hari tu semua asyik-asyik sama aje dengan gua???