" ah. Berat... tiba-tiba gua serius semacam. "

Dalam diam-diam, rupanya dunia ini cepat sangat berubah bentuk. OK-lah. Kalau tak cepat pun, mungkin berdikit-dikit dia berubah tanpa kita semua sedar ataupun tidak. Manusia akhir zaman mana reti tengok jam. Semua sibuk. Tak banyak waktu. Takde masa. Jadi benda-benda yang obvious berubah depan mata pun, nyata jarang yang perasaan. Mungkin hanya gua yang perasan atau disengajakan perasan, di masa dunia berubah inilah... manusia akan berubah juga secara fitrahnya.

Yang dulu hitam, sekarang dah putih. Yang dulu takde, sekarang dah ada. Yang dulu hilang, sekarang dah jumpa. Yang dulu marah, sekarang dah tenang. Yang dulu benci, sekarang dah sayang.

Ini semua gua nampak dan experience betul-betul dengan mata kepala gua sendiri. Gua tak harapkan yang lain selain keyakinan dan hakikat gua pada kuasa yang satu... yang lebih tahu yang mana lebih hak dan berkehendak. Memang bunyiknya macam serius dan agama-agama sikit, tapi itulah pegangan abadi. Gua pun bukannya terer atau perfect sangat bila masuk bab-bab macam ni. Cuma rasa tergerak nak bagitau, for everything - there will always be a blessing in disguise. Everything happens for a reason. Be it good or better. Ah! Madah Inggeris gua mula membuak-canak! Leceh. Leceh.

Gua mungkin takde harta nak beli kereta Ferrari atau bayar cukai jalan berkoyan macamana gua saksi Norman KRU pandu kereta sport merah baru dia semalam. Gua mungkin tak pernah rasa pegi naik kapal terbang berjam-jam ke luar negeri, jauh sekali nak melawat ke negara jiran dan tengok apa yang ada sistem diorang, yang sistem kita takde. Dan mungkin gua juga tidak punya rating kaunter beribu dalam blog atu facebook gua sepertimana Obama atau RPK.

Yang cuma gua tau untuk hari ni, masa gua akan datang jugak sikit masa lagi untuk gua menulis tanpa perasaan prejudis dan sangsi terhadap dunia yang bergerak pantas dan laju itu.

Sikit punya poyo gua punya luahan, rasa macam nak tempeleng diri sendiri.

Ulasan

Amer Rezza berkata…
Hi, if you're free, please visit my new little cabinet at His Ministry, by Amirul Rezza. No governemnt tax applied. Thanks :)
faizalmukhtar berkata…
[amer rezza]

did. done. you're welcome. you're good. keep it up.