adios rock planet.

Tempat siberkafe yang selalu gua lepak kat ss15 ni - dah nak bungkus.

" ...ini hari last day, bang. Sales tak baik " , kata brader tadi hiba sedang tengah gua sibuk-sibuk melayari ilham dari alam maya. Sebagai rekod, ini bukan kali pertama pot ni bertukar tangan. Sebelum ni, Zak, member sekolah gua, adalah owner ini tempat. Lepas tu dia jual. La ni, kena jual lagi. Ye la, masing-masing dah ada wireless, dah ada sambungan internet sendiri. Pastu, pot gamer lagi kuat dari pot pengkaji, pen-surfer, pen-chatter dan penulis pojok online.

Sedih. Sama sedih macam mula-mula gua dengar cerita diorang nak tutup Java Shoppe hujung tahun 90an dulu.

Selamat jalan Rock Planet. Pot lain memang tak berapa ngam dengan jiwa gua. Pung-pang-pung-pang. Bum-bang-bum-bang sana sini. Mana ada feel menulis masa tengah perang. Lepas ni kena la jugak gua beli menatang cocok tepi laptop tu. Tapi nanti dulu.

Gua mana ada laptop.

Cilanat.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Rock Planet adalah tempat keramat kedua aku di Subang selepas Comics Corner.

Rock Planet telah menyaksikan kejatuhan aku sebagai student dan kebangkitan aku.

Di Rock Planet lah aku kenal ramia kawan. Di Rock Planet aku mengasah bakat CS dand Warcraft III aku.

Kebanyakan "assignment" Uitm aku telah aku siapkan di Rock Planet. Aku kantoi satu sem pun sebab terlalu banyak lepak di Rock Planet.

Aku dapat kerja pertama aku selepas grad pun dari melayari internet di Rock Planet..

-Yongster
Tanpa Nama berkata…
ko tau tak aku pernah keje kat rock planet.

KAya kejap la aku time tuh.haha.

Apa kata ko jer gi beli rock planet tuh.huhu

-koiness
Basuh Baju berkata…
aku xpernah ke rock planet..huhu

ada sesiapa yg nak bwk kan?
faizalmukhtar berkata…
[yongster]

...makin sedih gua dengar cerita lu. Rsa nak repeat paper aje kat ITM yang gua tinggalkan 12 tahun dulu.

12 tahun?!! &*%$... gua dah berumur.
faizalmukhtar berkata…
[koi]

kalau harga Rock Cafe tu sama harga dengan gula-gula Hacks... mungkin juga.
faizalmukhtar berkata…
[basuh baju]

rock planet dah tutup, dol... lu ni membaca ke tak?