Siapa yang dambakan lebih dari sirap pula, teruskan lagi baca entri yang ini.

Alhamdulillah, Shamsul Azizi @ GIGI selamat menjadi edisi terkini extended family gua semalam setelah diijab-qabulkan dengan adik pompuan gua, Nor Fazarizan @ BABY. Dengan sekali lafaz sahaja, sambil diperhatikan oleh saksi-saksi yang memerhati tajam dan penuh serius, dengan diadiliTok Kadi yang cukup rock dan rugged itu telah mengikhtirafkannya. Ramai jugak yang datang. Tak sangka gua. Mana-mana yang kekurangan atau yang tidak sempurna itu, gua awal-awal lagi mintak maap banyak-banyak. Yang lemah dan lemau itu datangnya dari gua sendiri.

Gua jalankan tanggungjawab dengan penuh komited dan gigih. Gua cuba layan semua tamu yang datang dan sudi singgah biarpun ramai yang sedia maklum semalam sebenarnya adalah hari bekerja. Satu fasa abis, tinggal satu fasa lagi. Esok wedding kat Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Petang nanti nak angkut bunga telur, angkat perkakasan dan bawak barang-barangan lain kat sana. Nak prepare-perepare apa-apa yang patut. Maknanya kena ngorok lambat lagi. Takpe, gua lagi suka. Sapa-sapa yang nak datang tolong... dialu-alukan malah amat dan sangat digalakkan jua. Call gua dulu. Nanti dah setel semua, malam ni gua belanja makan Western kat Uptown. Lepas tu kita main bunga api dengan mercun sampai pagi.

Amacam. Ada beran ? Jadi, apalagi yang gua melepek depan komputer ni... nak kena libas dengan bapak gua ??!


p/s: gua heran, semalam takde sorang pun kawan-kawan adik gua yang solo. Betul la kata pakar ekonomi. Sekarang market tak menentu. Tahniah juga gua ucap buat ZACK dan EFFA yang baru langsung sebentar tadi. Tak sempat gua salam cangkuk gara-gara kealpaan sendiri.

Ulasan

gayour berkata…
sungguh aib besar bila 'super hero' mengangkat bunga telur!
rob liefeldpun tak buat kerje tu!
DancingQueen berkata…
saya igt wedding adik awak arini.hehe.nasib baik xpegi.klu x sure haru,gua sorg bbaju kurung ayu dpn dewan kat KJ tu.haha.
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

ini superhero Melayu peranakan Jawa. Dah dalam sosiobudaya/kelas ekonomi dia memang kena tolong-tolong time kenduri, apa lagi nak dibikin?

Superman pun tolong Santa Claus malam raya. Tak sapa kecoh pun. Chaiss!
faizalmukhtar berkata…
[deelaila]

ah. lu memang, ketagihan kenduri kahwin. huhahha!