Cepat. Cepat. Cipet.

Sejak dari gua daftar sekolah dan berguru dengan cikgu Ang Tun Seng yang sayang gile kat motor gaban dia tu, sampai ke peringkat pengajian tinggi iaitu di tingkat paling tinggi sekali kat Menara UiTM walaupun tak datang konvo sampai la dah entah berapa banyak majikan dan klien gua servis - Semuanya ada satu falsafah standard yang seringkali digunapakai berkali-kali : KERJA MESTI LAJU, CEPAT DAN PANTAS (walhal sama aje maksud dia tu, saje nak nampak drama).

Gua tahu dan faham. Sekarang takde ruang langsung untuk kita memperlahankan waktu, apatah lagi mencarik alasan remeh, picisan dan murahan untuk membeli waktu (buying time). Alasan adalah satu benda yang selalu orang guna pakai bila malas atau nak mengelat atau nak carik gol di masa kecederaan di penghujung saingan perlawanan akhir. Gua memang di-didik dan di-program oleh ramai orang supaya jangan carik alasan atau kalau boleh, jangan pakai langsung tatabahasa 'alasan' tu dalam hidup gua. Alasan selalu disalah erti sebagai salah satu punca kelicikan. Silap. Alasan sebetulnya adalah berkonsepkan 'anti-licik' sebab selalu makan tuan. Itu pengalaman yang gua belajar sendiri. Akhirnya, kerja yang sebenarnya kena makan 3-4 bulan untuk siap, gua pernah belasah buat dalam 3-4 hari. Kerja yang sepatutnya mau pakai 2-3 dozen tenaga manusia, gua pernah henjut sorang. Kerja yang sepatutnya gua dibayar dalam 1-2juta pound sterling, gua hanya bagik percuma aje sebab nak tolong bangsa sendiri.

Tapi gua selalu hipokrit. Gua tak pernah jujur bila ada benda gua tak puas hati. Gua tak nak dituduh sebagai 'Si Pencari Alasan'. Gua diam. Diam sebab gua taknak jadi Incredible Hulk kaler merah. Marah dan bengang gua, gua simpan dan peram jadi dendam kesumat yang gua release masa main Winning Eleven atau masa melalak kat karaoke singgit dengan kutu-kutu yang senasib dengan gua. Kesian PS2 dengan mesin karaoke tu. Dia tak bersalah. Sebagai tambahan cerita entri yang tak best ni, hasil kerja gua 2-3 menjak ni jarang atau tak capai standard atau dapat cop piawaian ISO 9002. Sirim kalau tengok kerja gua pun, mau dia libas tiruk dalam tong sampah. Kadang-kadang rasa macam suruh Shalin Zulkipli main futsal 3 lawan 3 atau Lee Chong Wei duet dengan Acha Sapriasa nyanyi lagu cinta-cinta.

Endingnya, memang dah lumrah : Takde sapa lagi gua nak sabitkan kesalahan yang nyata ini selain diri sendiri. Tu la, sapa suruh tak masuk bertanding masa pilihanraya tahun lepas. Kalau tak, mesti dah pakai Camry atau ada team bolasepak sendiri masuk Liga Super.

Baru-baru ni, gua disuruh cepat lagi oleh faktor-faktor duniawi, alami dan rohani. Gua kena carik gear box baru sebab gear box gua dah haus (Ah! Alasan lagik!)

Ulasan