Selamat sudah pengantin baru itu minum sirap.

Hari ni dah masuk Isnin. Itu tidak bermakna jadual gua sudah surut. Ada lagi gerak kerja yang harus dilaksanakan. Mesyuarat dan temujanji. Tak termasuk post-mortem majlis kerja kahwin semalam. Kesian adik ipar gua yang masih lagi fresh itu disuruh basuh pinggan. Huahahaha! Apa-apapun, rasakan! Rasakan ubat jadi pengantin baru. Semalam merupakan hari yang sungguh sangat penuh. Pagi-pagi lagi gua kena bangkit sebelum bilal surau bangun. Antara aktiviti yang dijalankan oleh gua semalam adalah (tidak termasuk aktiviti yang dilakukan oleh bilal surau) :
  • menggosok baju Melayu
  • mencarik butang baju melayu
  • mengemas-ngemas perkakasan dan alat-alatan untuk dibawa ke dewan sanding
  • bawak seterika
  • bawak telur
  • isi telur dalam bekas telur
  • bincang dengan MC merangkap pakcik gua cara -cara MC dengan berhemah
  • jemput dan layan tetamu yang datang seawal 11.30 pagi sampai la 6 petang (majlis sebenarnya bermula 12 tengahari sampai 4 petang)
  • angkat telefon tetamu sesat dan malu-malu datang kenduri kahwin
  • escort bapak gua ke sana dan ke mari
  • susun dan layan meja VIP dengan harapan dapat makan best
  • assist cameraman shooting dekat tasik dengan pengantin
  • agih-agih bunga telur, bunga hias dan macam-macam bunga lagi
  • borak-borak-borak lagi dan lagi dan lagi dan lagi.
Gua jejak aje kaki dia ambang pintu rumah, gua niat nak landing kejap atas bantal. Terus gua terbongkang sampai pagi. Gua pun tak ingat bila kali terakhir gua masuk tidur pukul 8.30 malam. Tak logik betul gua boleh berdengkuran terlalu awal.

Yang penting semuanya berjalan lancar dengan selamat dan teratur tanpa ada banyak sangat kerenah dan perkara remeh-temeh. Syukur alhamdulillah. Tahun depan kita tengok pulak, sapa yang kenaaaa....

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
"Antara aktiviti yang dijalankan oleh gua semalam adalah (tidak termasuk aktiviti yang dilakukan oleh bilal surau) :


* assist cameraman shooting dekat tasik dengan pengantin"

mana gmbarnya?

tak dpt dtg/tak dpt mkn, tgk gmbr lauk pauk pun jadila..
faizalmukhtar berkata…
[anonymous]

ah. lu ingat gua ni welfare ke nak jaga kebajikan lu aje?! sapa suruh lu tak datang... huahahha! padan dengan muka lu.