Sapa suka minum sirap, entri ni untuk lu orang.

Gua sekali lagi tak menang tangan walaupun sempat juga mencilok masa mem-blog. Uruskan apa-apa perincian, kelengkapan dan persediaan sempena upacara nikah kahwin adik pompuan gua yang akan mula Jumaat esok sampai la hari Ahad. Secara non-rasminya, persediaan dah pun dibuat secara berdikit-dikit lama dahulu sejak berbulan-bulan nan lepas. Dan hujung minggu ini adalah acara kemuncaknya. Gua selaku abang sulung, sudah tentu sekali sibuk. Pada mana-mana kutu yang sudah lama usha, cuba-cuba kenen atau ada hanya menyimpan harapan pada adik gua tu, lupakan ajelah dia buat selama-lamanya. Ingat, usaha eskalator kejayaan. Gua takkan mengkronikan diri walaupun disogok dengan Honda City baru kaler hitam mahupun MacBook Pro kaler silver edisi terkini sekalipun. Tahniahlah dan selamat datang kepada Gigi yang bakal join extended family gua esok selepas upacara akad nikah di rumah. Selamat pengantin baru jua untuk kedua mempelai. Mempelai... heheh!

Pertama kali bapak gua akan menikahkah anak pompuannya sendiri. Pertama kali juga gua dilantik sebagai saksi soheh. Selama ni asyik pegang jawatan pengapit, penanggah, pembancuh sirap, jurukamera pengantin dan lain-lain jawatan koman dan kodi. Menjadi saksi orang nikah lebih besar darjatnya dari mendapat jawatan senator di Dewan Parlimen atau menjadi ahli konsil tetap Bangsa-Bangsa Bersatu. Semalam abis gua hafal dan studi syarat-syarat sah saksi. Dari 10 syarat yang termaktub, nombor 8 yang paling mencabar, 'Mengerti segi istilah dan harfiah maksud IJAB QABUL'.

Jadi, bagi sesapa yang sudi atau percuma atau teringin nak makan percuma... Ahad datang la Tabung Haji Kelana Jaya ke majlis kahwin adik gua. Waktu biasa, time-time orang kahwin waktu tengahari. Gua ada la buat-buat sibuk sambut lu orang nanti. Jap lagi gua nak carik mikrofon dengan speaker untuk petang esok. Lepas tu nak gosok dalam 2-3 helai baju Melayu yang gua boleh kira berapa banyak kali gua menggosoknya dalam bilangan satu tahun kalendar Gregori. Babai.

p/s: Kahwin sekarang dah tak ikut musim sebab dia dah jadi acara malar-segar. Sapa agak-agak dah cukup haul, dah cukup sifat... terus aje daftar pejabat kadi, pergi kursus dengan booking katering. Setel.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
tahniah..tahniah.. selamat mnjalankan tugas dan selamat menyantap lauk pengantin..
faizalmukhtar berkata…
[anonymous]

ya. tugas gua yang itu sudah semua sedia maklum... ayuhlah kita nyekik!