Cinta Kenangan Silam : Babak 1

Ini hari turn adik ipar yang kahwin dengan adik pompuan gua pulak jadi tuan rumah upacara majlis makan kenduri kat Shah Alam. Dia memang orang Shah Alam. Tempat sikit punya sejarah. Shah Alam tempat gua menapak zaman-zaman kutu dulu. Shah Alam zaman gua merangkak ke menara gading. Shah Alam tempat gua jadi buruh buat pertama kali. Shah Alam rata-rata juga adalah tempat gua 'berguru' dengan hidup sepanjang 10 tahun lepas. Jadi, dah lama tak turun Shah Alam, hati gua jadi sentimental jugak. Sebabnya gua tak pernah cerita selama ni yang Shah Alam adalah tempat gua ada tangkap cintan gila babi dengan sorang awek pujaan yang tak berapa nak jadik. Potong cerita, senang cakap... gua takde jodoh la nak jadik balak dia itu time.

Semuanya bermula dalam tahun 2006. Gua masih lagi pulun kerja kat satu syarikat penerbitan yang besar namanya di Semenanjung Malaysia. Kalau gua sebut aje, semua orang pernah angkat dia punya majalah. Dari makcik-makcik sampai ke adik-adik. Ya, majalah untuk 'adik-adik' tu pun, ada dia bikin jugak. Gua bukan takde masa atau kemahuan nak tangkap awek, cuma hati gua belum sangkut lagi dengan mana-mana awek yang melintas di hadapan mata. Lagipun gua dah nawaitu dalam hati, kalau ada mana-mana awek yang dah berjaya tangkap hati gua, gua nak ajak kahwin terus. Sebab gua nak bercinta lepas kahwin. 'Lagi afdal', pesan ustad gua kat sekolah agama dulu. Kawan perempuan memang la ramai, awek memang tadak. Jadi gua kerapkali jua menjadi mangsa tuduhan rambang. Kena skandal sana, kena skandal sini. Kena gossip sana, kena gossip sini. Tapi gua buat aksi dingin (cool). Sebabnya dah nama bikin majalah hiburan, benda-benda macam tu dah jadi benda kebiasaan. Apa susah, awek yang gua kena usik tu pun boleh tahan juga, takde la gua kena kenen dengan mana-mana mak janda atau .... oh! Tak dapat dinyatakan di sini. Sensitif.

Nak dijadikan cerita, penghujung tahun tu entah macamana banyak pula intake pekerja baru. Lebih lagi kat bahagian marketing dengan suratkhabar. Gua dengar-dengar surakhabar baru kompeni nak melebarkan sayapnya seluruh tanahair - satu setiap negeri. Fuh ! Ambitious, detak gua dalam hati. Encik Hashim Anang boleh pulak main tuding-tuding gua kalau suka masuk jadi wartawan suratkhabar tu. 'Gadis ramai', katanya dan jelas satu cubaan untuk mengumpan. Tak kena betul dengan jiwa rock gua nak jadi reporter suratkhabar ni. Jadi dalam pengambilan kerat-kerat pekerja baru tu, ada la 2-3 orang kutu dengan minah yang dah gua kenal. Itu sebab banyak urusan promosi dengan tour majalah gua kena promo seiring sekali suratkhabar tu. Tanggungjawab. Gua belasah aje la. Entah macamana, ada la gua terperhati sorang awek ni. Gua pandang tak pandang aje pada peringkat permulaan. Sebab dia pun jalan laju semacam aje ngalahkan Watson Nyambek. Tegur pun orang-orang yang dia rasa ada kepentingan aje. Gua tak ambik pedulik sangat, asal jangan datang tegur nak pinjam duit gua sudah. Gua keje itu jam pun cukup-cukup aje nak hidup sampai tengah bulan. Tak cukup duit, macam biasa komik-komik kesayangan gua terpaksa gua gadaikan. Nak hidup, brader.

Semua rutin kerja gua pun bergerak seperti biasa sehinggalah ada satu sesi promosi ni, gua terpaksa dikerah untuk menyinggah ke kolej-kolej. Adeh ! Kerja buruh lagi, komplen sifat malas gua yang busuk tu. Nak dijadikkan cerita lagi pulak, awek yang jalan macam Watson Nyambek tu ditugaskan untuk urusan gerak gempur tu sekali. Apa ni ? Kenapa dia pulak ? Ada awek join promosi komik ?? Apa yang awek tu tau pasal komik ? Kalau gua tanya dia, berapakah pakaian seragam Spider-Man sehingga kini, dia tau jawab tak ? Clark Kent menyewa pangsapuri kat mana ? Plat kereta Batmobile dia hafal tak ? Aaahh !!! Haru. Haru.

* bersambung.

Ni sapa punye keje ni, bikin Maulana ini macam ?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ahahaha!
jgn marah marah bro..
marah tanda syg...
syg tanda cinta..
cinta tandanya lu kene kumpul duit utk hantaran dan menjamu org..
time tu, lu jamu org dgn lauk remeh temeh, org marah..
faizalmukhtar berkata…
[anonymous]

lu ni ahli falsafah ni... itu pasal lu kerap guna alias 'anonymous'.
Saudagar Mimpi ... berkata…
"Ni sapa punye keje ni, bikin Maulana ini macam ?"
tergelak aku baca caption kau tu, sama seperti aku tergelak ketika pertama kali tengok gambar tu dalam majalah GLAM.
Siapa punya kerja, aku pun tak tau la...:)
faizalmukhtar berkata…
[saudagar mimpi]

...haru. Ironi dia sama macam gua tergelak dialog Jebat dalam filem 'KEMBARA'.