mungkin gua terlalu berkira dengan diri sendiri.

Berhari sudah tidak meninjau blog. Situasi semasa : Masih lagi berlegar-legar bertemu taulan dan handai yang mana kesempatan sejak hampir habis melangsaikan gerak kerja terdahulu. Kejap ke sana dan kejap ke sini. Rupa-rupanya tetap masih tidak kesampaian mengejar keputusan yang tetap kerana sudah pasti dalam hidup, keadaan yang paling sukar dan mencabar adalah membuat pilihan keputusan yang tepat dan tetap.

Sejak tidak menulis beberapa hari kebelakangan ini... gua sudah melewati KLCC, ASTRO, sebuah studio animasi bertaraf dunia, Hollywood dan syurga-syurga ciptaan dunia. Sedikit sebanyak terhimpit juga bila dambaan ilham tidak kunjung tiba. Tidak sanggup rasanya menempelak keadaan diri yang suka berkira-kira untung baik dan nasib jahat.

Ulasan