Bima keSAKTIan.

Menyerap segala roh yang ada, gua semakin menangkap semangat yang cuba dizahir olehnya. Memang kita semua perlu menjurus dan menyeru seluas semesta dan menjengah segala cakerawala yang ada pada dalam diri kita agar supaya tidak cepat putus asa, lembik, lemah, kufur nikmat, dayus, bermasalah, kepala batu dan sakit hati pada benda-benda yang tidak berunsur 'alami'. Fitrah manusia sama, cuma sifatnya yang berbeza-beza.

Ini terus mengingatkan gua pada pesan-pesan yang pernah diamanatkan kepada gua oleh insan-insan kamil yang akrab dengan gua. Rata-rata memberi saran agar :

1. Buat pilihan yang dekat dengan cintahati.
2. Rasional dan logik membuat kata putus.
3. Ingat pada Yang Maha Hakiki.
4. Bepegang pada 'rahsia'.
5. Ikhtiar ke Infiniti.

Memang tidak ada satu pun senaraian di atas yang betul-betul gua berjaya kupas sekalian isi dan inti hingga ke ufuk pati dan sarinya. Ya, bunyinya macam belajar ilmu tassawuf atau makrifat tapi percaya atau tidak - kita semua akan rasainya bila sampai diseru.

Ulasan

DancingQueen berkata…
DancingQueen likes this post! :) hanya berpegang pada yg SATU.
faizalmukhtar berkata…
[deelaila]

just like the lyrics goes... :D