DAY 15 : All together now ...it's a wrap!

Akhirnya. Akhirnya. Akhirnya hari ini adalah hari terakhir penggambaran rakaman game show LAXMANA untuk 5 musim berturut-turut. GILA. Gua anggap pengalaman sepanjang masa ini adalah sangat berguna dalam karier dan perjalanan hidup gua sebagai seorang manusia. Dalam ramai-ramai orang yang gua dah temui, dalam banyak-banyak cerita yang sudah gua dengari dan dalam rata-rata peristiwa yang sudah gua alami... dua minggu ini menjanjikan hari esok yang sangat mendebarkan. Mendebarkan dari beberapa sudut pandang. Gua akan cuba tanganinya sebaik mungkin seolah-olah gualah anggota pengakap contoh untuk tahun ini.

Pe'el-pe'el yang profesional, semi-pro, amatur, baru pecah ubun-ubun, lemah lutut, radikal dan tidak waras : semua-semua pun ada. Biasa. Manusia memang diciptakan berbezabeza dari segi azali dan lahiriah.

Untuk semua mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan pembikinan LAXMANA, terima kasih atas sokongan, dokongan serta tunjuk ajar berguna serta tidak berguna. Kerana kadang-kadang yang tidak berguna itu jugalah akan menjadi berguna suata masa nanti. Dan tidak semua yang berguna itu betul-betul berguna untuk kita semua.

Tidak sabar rasanya menanti kemunculan rancangan ini di kaca TV.

Peribadinya, LAXMANA mengingatkan gua kepada kenangan yang masih segar tatkala membesar di tahun-tahun 80an. Rancangan game show waktu perdana seperti SENDALOKA bersama SINGER (bersama arwah Sudirman dan Atai), TEKARIA (bersama Ahmad Tarmimi Saregar), MORE JUTARIA dan beberapa lagi judul-judul terpilih yang kemungkinan gua lupa di sini telah menjana waktu kualiti bersama keluarga di hadapan TV masa itu. Tambah-tambah lagi waktu itu juga era gawat dan runcing ekonomi 1987.

Harapannya ada yang dapat selam-dalam lebih pada yang tersirat, kerana yang tersurat masih samar dan berbayang.


LAXMANA Guerilla Production Blog

Ulasan

DancingQueen berkata…
YEAAAAAAAAAAAAAAAAYYYYY!!!! =) hutang kerana smlm mamai!
faizalmukhtar berkata…
[deelaila]

ah. bukan sekarang ni pun mamai lagi ka? hehehe
Tanpa Nama berkata…
KL Motion x byr hadiah peserta Laxmana Gameshow. Katanya RTM x bayar diorg lg???? Xde duit ke RTM ni???? Pelik kalo RTM xde duit or xnk byr. Gameshow ni da shoot dah dkt setahun pon and dah main kat TV/RTM pon. Mana satu yg buat tahik ni? KL Motion ke RTM????? Sape nye cikgu ajar kena amik duit RTM dlu bru byr peserta?