DAY 14 : 48 jam menuju tarikh.

Menurut makluman yang gua dapat hari ni, kita tetap akan menyambut hari kemerdekaan pada tahun ni tetapi tidak meraikannya sehinggalah ke dua tahun yang akan datang yakni sehingga 2011. Ini adalah kerana pada tarikh 31 Ogos tahun-tahun yang berkenaan jatuh pada hari-hari pada bulan Ramadhan. Sama juga pada masa tahun 1976 hingga 1980 dulu. Ye le, sapa nak berarak atau naik jet pejuang dari awal Subuh sampai tengahari rembang bulan puasa. Bikin kering aje perut.

Tinggal dua hari shoot. Ini hari dengan esok. Perubahan juga pada penjadualan penggambaran. Kini kami tidak shoot 4 episod sehari lagi seperti sebelumnya. Bermula hari ini kami akan shoot 5 episod sehari dan call time datang ke studio juga diperawalkan. Mengejar waktu dan tarikh mati (deadline) begitulah. Sebagai tambahan: 2 episod selebriti kata khabar-khabar angin yang berlalu. Harapan gua agar tidak rebah atau kecundang di pertengahan jalan.

Gandaan pada sistem imunisasi badan dan kecargasan minda. Tongkat Ali dan Coca Cola juga diperlipatgandakan untuk menyuntik bilangan kafeina ke dalam tubuh. Gua tak nak tau apa kesan sampingannya.

Manakala itu, dalam laporan bolasepak semasa - Barcelona membelasah Real Madrid, 6-2. Ah! Gua tak gentar untuk pertembungan liga-liga juara esok dengan samsengan Catalan!!


LAXMANA Guerilla Production Blog

Ulasan