DAY 13 : Selamat Hari Lahir, Mama.

Tepat hari ni adalah hari jadi mak gua yang tersayang. Gua janji nak belanja family gua makan ini malam. Ini juga bermakna harapan gua agar penggambaran dapat diselesaikan awal adalah sangat tinggi. Bukannya hari-hari mak gua sambut hari lahir. Pagi-pagi tadi sebelum gua pecut pegi lokasi, gua ada beri ucap selamat pada mak gua. Gua tanya sama ibu gua apa yang dia mahukan sempena harijadinya. Apa sahaja, demi ibu gua sanggup berikan apa sahaja - APA SAHAJA.

"Semoga cepat-cepat kahwin dengan gadis pilihan dan idaman abang long".

Oh. Bisanya azimat kata-kata mutiara itu sungguh indah dan manis; hanya keluar dari bibir seorang ibu seperti ibu gua. Semoga panjang umur, sihat sejahtera berpanjangan dan terus-terusan tidak putus asa membimbing dan menjaga kami sekeluarga.

Sepanjang perjalanan gua ke studio tadi, gua senandungkan lagu Fantasia Bulan Madu berulang-ulang kali.

p/s: Anugerah Industri Muzik malam tadi di bawah par. Syukur ada M.Nasir sekali lagi sebagai opening act dengan lagu keramat LANGGAM PAK DOGO yang disokong oleh kumpulan dikir barat Halim Yazid.


LAXMANA Guerilla Production Blog.

Ulasan