DAY 12 : Sedozen hari sudah berlalu.

Sudah dua belas hari. Satu hari kami shoot 4 episod. Ini bermakna campur-tolak-campur-tolak dah nak masuk 48 episod kitorang shoot. Memasuki 4 musim dan ini hari adalah kesudahan musim ke-4 kalau ikut skala penjadualan. Laju juga produksi ini. Isnin dah nak kena submit kat RTM Season 1 kata Sham pagi-pagi tadi. Emma pula cakap ini hari selebriti episod ada konco-konco Raja Lawak. Heh. Apa kesudahannya gua tak nak cakap. Nanti lu layan sendiri dalam TV. Cakap pasal TV, malam ni ada AIM '09. Patutnya gua dijadualkan pergi atas ehsan sedara Koi, selaku kroni Jennifer Thompson. Tapi gua harus mencari rejeki yang halal dan melupakan hasrat murni itu. Nanti akan datang kalau ada pencalonan, demi masa, janji gua akan datang biar badai dan prahara datang mengganas nan menghempas.

Manakala, Lan (GameMaster LAXMANA) duduk diam di meja makan tengahari dengan satu wajah yang berupa peribadi. Dia tak makan tengahari dengan krew-krew lain gua perati . Gua beranikan diri tegur. " Tadi gua nampak anak lu dengan lu, mana pegi Adam ? ". Dia dengan wajah tenang-tenang gelora jawab, " ... dah balik. tu yang rasa tak best tu. Kejap aje gua jumpa ". Gua sayu aje masukkan ikan talapia goreng dengan ulam raja masuk mulut seganding nasik.

Rocker kental macam Lan pun boleh 'gugur'. Gua nanti kahwin, taktau le ape cerita bila kena tinggalkan anak bini bila ada keje panjang-panjang.


LAXMANA Guerilla Production Blog.

Ulasan