DAY 11 : Momentum.

Buruh pada dasarnya adalah manusia yang menggunakan tenaga dan kemampuannya untuk mendapatkan balasan berupa pendapatan baik secara jasmani maupun rohani.

Pada dasarnya buruh dibagi atas 2 klasifikasi besar:

  • Buruh Profesional - biasa disebut buruh kerah putih atau kolar putih, menggunakan tenaga otak dalam bekerja
  • Buruh Kasar - biasa disebut buruh kerah biru atau kolar biru, menggunakan tenaga otot dalam bekerja

Buruh pada hakikatnya juga hanya menunjuk kepada tenaga kerja di bidang industri dan jasa.

Ini hari adalah Hari Buruh. Gua tak cuti sebab gua bukannya buruh. Lagipun terma buruh itu mula-mula wujud pada ketika dunia sedang giat dan rancak berperang suatu masa dulu. Bikin senjata api. Bikin kapal pejuang. Bikin kerja ikut waktu yang diperuntuk pentadbir dan pemerintah. Itu buruhan ciptaan.

Patutnya dinamakan Hari Apresiasi Pekerja Berjadual dan Pemakan Gaji.

Gua adalah pemegang fahaman anti-buruhan. Jangan harap gua nak ucap Selamat Hari Buruh ini hari. Tambahan pula buat apa cuti sekiranya rakaman episod selebriti ini hari terdiri dari kalangan penerbit dan produser handalan. Cha-ching!


LAXMANA Guerilla Production Blog.

Ulasan