Come and play... everything's A-OK

Selain muzik rock dan jugak cerita-cerita kartun pasca balik sekolah agama waktu petang yang banyak mempengaruhi pemikiran, minda dan dasar halatuju gua sebagai seorang kanak-kanak riang dan berwawasan dahulu semasa gua dalam lingkungan umur lima tahun hinggalah berjaya duduk di dalam darjah Dua Teratai kat SRKSSJ, ada satu lagu unsur yang kurang lebih juga memberi impak kepada tumbesaran tersebut. Bahasa Inggeris gua yang bolehlah dikategorikan sebagai 'kacip' (pinjam kosa kata Pipiyapong) sekarang ini jua adalah banyak disumbangkan oleh tontonan rancangan yang dimaksudkan. Tak sangka rancangan itu masih lagi relevan dan mendapat tempat lagi di kalangan budak-budak moden yang rata-rata dipengaruhi oleh 'shuffle', Naruto dan MMORPG.

Fast forward kepada tahun 2009, sedang dalam sibuk-sibuk mengejar kebendaan hidup yang hanya bersifat sementara, sempat gua menjengah adik gua yang kebetulan balik sekolah agama - melayan polarisasi yang sama.

SESAME STREET kini sudah masuk episod 4105 kat TV3 (zaman gua dua dulu dia duduk kat RTM1). Budak baby pasangan negro tu dah besar. Count Dracula dah kahwin. Super Grover dah ada sidekick. Elmo masih lagi 'high'. Oscar dah bawak masuk orang kampung, duduk setinggan kat depan rumah Ernie dengan Bert. Semua orang dah boleh tengok Mr.Snuffle-Opogus. Big Bird tetap . . .


Kalaulah masyarakat majmuk tau falsafah SEBENAR di sebalik cerita ni, mau ISA gua dibuatnya.

Ulasan