Ayuh... Speed Force FLASH! Jelmakanlah dirimu itu.

Hari ini bergegas lagi ke 1001 tempat dalam tempoh masa yang sangat padat dan jitu. Sekali lagi tanpa menghirau dan mempedulikan pelekat cukai jalan yang tidak ada di cerminan hadapan kereta dan cek bank yang tidak kunjung masuk akibat kealpaan sendiri, gua jajahi jua perjalanan ke tempat-tempat itu sebab rezeki Tuhan tidak akan lain yang menjaminnya selain diri kita sendiri yang isytiharkan.

Malam tadi, gua terlalu gembira kerana ketemu jua edisi 'complete & unabridged' DASTAN E AMIR HAMZA terbitan ModernLibary yang teramat agak rare dan mahal harga asalnya di sebuah jualan gudang yang agak gila babi jugak! Gua sangkakan 10 rupanya berpuluh-puluh pengorbanan juga terpaksa dilakukan atas nama cinta...

Ulasan